Anda Inginkan Bekalan Satay Mentah Frozen?

June 8th, 2009

>диваниamimg

Apa khabar para pembaca sekelian? Mudah-mudahan sentiasa sihat wal afiat di dalam perlindungan Rabbul A’lamin. Kami di SatayDIY.com Alhamdulillah, semuanya masih sihat wal afiat untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini sebagai hambaNYA. Mudah-mudahan kita sentiasa diberi panduan and petunjuk olehNYA. Pada kali ini, saya sekadar hendak berkongsi dengan para pembaca kami tentang produk yang sebenarnya telah lama kami hasilkan, tetapi tidak diuar-uarkan secara online. Produk yang kami maksudkan ialah Satay Mentah Frozen kami.

Produk ini kami hasilkan atas permintaan para reseller kami di mana mereka mementingkan kaedah penyimpanan yang efektif. Satay-satay yang siap dihasilkan akan di pek secara “vacuum packing” untuk menjamin ketahanannya. Rasanya juga lebih sedap, memandangkan cara pembungkusan yang sedemikian menyebabkan proses “marinade” atau pemerapan berlaku dengan lebih lama. In juga tampak lebih menarik, dan paling penting, lebih mudah untuk para “end user” kami mengendalikannya. Produk ini merupakan satu daripada produk terbaik kami sepanjang menjadi peniaga satay sejak sekian lama.

Harga? Ya, kami tidak menaikkan harga kami walaupun kaedah pembungkusan moden telah dilaksanakan. Untuk satay mentah tersebut, harganya ialah RM0.40 untuk setiap cucuk,  dan harga tersebut adalah lebih murah untuk para peniaga dan pembeli yang membeli pada skala besar. Untuk setiap 100 cucuk, 1kg kuah SatayDIY yang istimewa akan dibekalkan, juga dalam bentuk “frozen”.

Anda berminat? Sila hubungi kami pada bila-bila masa di talian 019-3680495 (Razak Hussin) atau 019-3799160 (Azrul Razak). Tempahan untuk Hari Raya juga dibuka mulai sekarang.

SatayDIY yang semakin sibuk

February 17th, 2009

Asalamualikum

Apa khabar? Mudah-mudahan para pembaa berada dalam keadaan sihat wal afiat. Kami di sini Alhamdulillah, baik adanya. Namun begitu, dari segi masa, kami benar-benar “diasak” :) Apapun, kami masih mampu tersenyum memandangkan, asakan sedemikian rupa merupakan suatu tanda yang SatayDIY semakin mendapat permintaan, Alhamdulillah. Walaupun penat bekerja siang ke malam, malah adakalanya ke dinihari, kepuasannya tetap dirasai :) syukur ke hadrat Illahi.

Buat masa ini, kami mendapat tempahan purata kira-kira 4,000 ke 5,000 cucuk satay seminggu, yang berbeza saiz atas permintaan pelanggan kami. Bagi menjaga kualitinya, salah satu pelanggan kami telah memperkenalkan kami kepada teknologi “vacuum packing”. Bukan itu sahaja, malah pelanggan kami meminjamkan “vacuum packer” mereka untuk kami bereksperimen. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik…dan kami sudah mula berfikir utuk berkolabrasi dengan pelanggan kami tersebut untuk mengeksport satay kami ini ke negara-negara luar.

InsyaALLAH, kami akan update lagi di masa yang lain, dan mungkin juga saya akan masukkan gambar-gambar i=untuk pandangan yang lebih jelas. Jumpa lagi :)

Kelahiran cahaya mata ketiga

February 9th, 2009

Asalamualikum

Pada 7 Februari 2009, bersamaan 11 Safar 1430Hijriah, jam 12.50 tengahari, Muhd Umar Abdul Aziz selamat dilahirkan ke dunia ini. Mudah-mudahan, Muhd Umar akan menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan, baik akhlaknya, kental semangatnya, dan luhur pula budinya. Hari kelahirannya, yang sama dengan tarih lahir umminya menjadikan detik tersebut lebih istimewa. Buat para puteriku, Fatimah Az-Zahrah dan Sumayyah, jaga ‘baby’ Umar baik-baik ya, dan jangan buli dia :)

muhd-umar.jpg

Apa yang terbaru dari kami?

January 3rd, 2009

Asalamualikum

Apa khabar semua? Mudah-mudahan bertambah iman dan bertambah kesihatan. Kami di sini sihat wal afiat, dan tetap meneruskan kehidupan yang serba mencabar in seperti biasa. Untuk pengetahuan para pembaca, kami kini mempunyai beberapa lagi outlet yang beroperasi secara kedai dan gerai. InsyaALLAH, di post yang akan datang, saya akan mengemaskinikan semuanya. Nantikannya ya :)

Sedikit Update di Pagi 19 Syawal/Oktober 1429H/2008

October 19th, 2008

Asalamualikum

Mudah-mudahan rakan-rakan yang diberkati berada dalam keadaan sihat wal afiat di samping keluarga ya :) Saya sekadar ingin berkongsi beberapa keping gambar yang sempat saya ambil pagi ini. Untuk makluman semua, boleh dikatakan sepanjang Syawal ini, ini adalah antara rutin harian kami pada setiap hari ;)