Pengalaman Order Pertama Kami

27 07 2006
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Alhamdulillah, kali ni dapat juga saya peluang untuk menulis lagi di blog ini. Hmm, sebenarnya kesibukan bekerja telah membataskan masa saya untuk mempunyai lebih banyak masa di Internet. Namun, saya berjaya juga mencuri masa untuk menulis.Alhamdulillah…

Sebagaimana yang telah dijanjikan dalam post yang lepas, saya akan bercerita mengenai tempahan pertama kami yang diterima menerusi www.sataydiy.com. Sebenarnya agak kelam-kabut juga kami dibuatnya. Mana taknya, lebih kurang 6,900 cucuk satay yang perlu disiapkan dalam masa 2 hari sahaja! Alhamdulillah, kami berjaya juga menyiapkannya. Apa yang menarik, fokus kami di sataydiy.com adalah produk SATAY D.I.Y. Namun begitu, dah nak menjadi rezeki kami, satay yang menjadi pilihan utama :-) Penat tu jangan ceritalah, memang penat :-) Namun adatlah berniaga barang fizikal macam kami ni, lebih-lebih lagi satay yang memang agak rumit nak membuatnya. Takpe, yang penting kepuasan membuatnya, dan terlebih penting, anda berpuashati dengan hasil kerja kami :-)

Namun begitu, ada kelemahan kami yang terpapar dalam memenuhi tempahan kami yang pertama ni. Kami tiba agak lewat di tempat yang dijanjikan. Hmm, sejam jugaklah…yelah, tenaga kerja kami yang kurang telah membataskan pergerakan kami…6,900 cucuk satay bukanlah order yang sedikit untuk disiapkan dalam masa 2 hari. Tetapi insyaALLAH, perkara ini hanya akan menjadi sejarah dan kami berusaha gigih ke arahnya. Dari semasa ke semasa, kami akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan, agar lebih cemerlang :-)



Sataydiy.com sudah mula menerima tempahan :-)

14 07 2006
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah (SWT) SWT yang telah mengurniakan segala-galanya kepada kita, yang berkuasa membolak-balikkan hati, yang berkuasa memberi hidayah…the list continues…HE is the Almighty

Alhamdulillah, Sataydiy.com sudah mula menerima tempahan…oleh itu kini krew Sataydiy.com memang sibuk menyiapkan tempahan yang telah diterima. Walaupun agak penat, tapi kami tetap ceria dalam melaksanakan kerja-kerja kami supaya kualiti tetap terjaga dan yang penting KESEDAPAN BERPANJANGAN… :-) InsyaALLAH, selepas selesai dengan tempahan, kami akan tulis review di sini dan feedback daripada pelanggan-pelanggan kami. Jumpa lagi :-)

Err, dah dapatkan sample SATAY D.I.Y? Jika belum, dapat-dapatkanlah daripada kami ye…www.sataydiy.com :-)



Jana pendapatan tanpa modal di Internet: Part 2

7 07 2006
Pernahkah kawan-kawan dengar Program Affiliate? Haa, inilah salah satu cara kawan-kawan boleh buat di Internet. Program Affiliate ni sebenarnya agak baru di Malaysia. Namun di luar negara, program sebegini telah menghasilkan ramai ratusan, ribuan dan jutawan!! Program Affiliate bukanlah program cepat kaya, skim piramid dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya dengan jadi Affiliate, kawan-kawan secara automatik jadi agen untuk sesuatu produk atau servis. Contohnya produk ABC. Kawan-kawan menjadi agennya (affiliate) dan setiap jualan produk ABC yang dibuat melalui anda, anda akan diberikan komisen. Biasanya untuk produk digital, komisennya lebih tinggi, kadangkala menjangkau sehingga lebih daripada 60%! Kebanyakkannya, pendaftaran menjadi Affiliate adalah percuma. Selepas pendaftaran, kawan-kawan akan diberi sebuah laman web yang mengandungi ID reference kawan-kawan dan bolehlah dipromosikan di mana-mana. Jangan SPAM sudahlah ye ;-) Untuk maklumat yang lebih lanjut, kawan saya Zakuan ada membuat sebuah laman web khas tentang Affiliate ni. Website beliau adalah http://www.affiliatejaya.com Banyak maklumat-maklumat berharga tentang program Affiliate boleh di dapati di sini, ada ebook PERCUMA pulak tuh :-) Di samping itu, kawan-kawan juga boleh mencuba program-program Affiliate yang sedia ada di Malaysia ini tanpa sebarang kos! Kawan-kawan boleh klik link-link berikut:

1) Ingin Roti Canai Sedap?
2) Anda Mencari Maskahwin?
3) Panduan Bina Laman Web
4) Panduan Google Adsense

Sebenarnya saya pun sedang belajar lagi tentang Affiliate ni. Pernahlah dapat hasil, tapi tak banyak…dalam RM60 gitu ;-) Jadilah untuk budak baru belajar macam saya ni. InsyaALLAH, kalau takde apa aral, lepas ni saya nak meng”affiliate”kan pulak Sataydiy.com saya tuh…mudah-mudahan dipermudahkan :-) Ok kawan-kawan, selamat mencuba.



Lagi tentang Sataydiy.com

7 07 2006
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, hari ni kami dapat postkan sample Satay D.I.Y yang kawan-kawan dah order tu…maaflah sebab ambik masa yang lambat sikit, saya sebenarnya tengah kelam-kabut dengan macam-macam interview, tambahan pulak anak saya tengah demam. Apapun, kami tetap komited dengan kawan-kawan semua. Semoga sokongan yang diperolehi ini dapat meningkatkan semangat kami untuk terus lebih gigih berusaha :-)

Sebenarnya, Satay D.I.Y tu bukan saja untuk buat satay, nak buat ayam goreng berempah pun boleh gak ;-) maklumlah, tak semua orang nak buat satay sendiri kan? tambahan pulak keje-keje buat satay ni leceh sikit. Tapi percayalah IA BERBALOI! Apa lagi kalau menggunakan Satay D.I.Y kami ;-) Oh ya, tentang ayam goreng berempah tu, just lumur je rempah tu dengan ayam yang mentah yang telah digaul dengan sedikit kunyit, halia, lengkuas dan garam. Untuk lebih detail, sila dapatkan sample Satay D.I.Y percuma kami di www.sataydiy.com Sila-silalah :-)



Sambutan terhadap Sataydiy.com

4 07 2006
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Hari dah hari hari kedua Sataydiy.com dilancarkan. Sambutan? Hmm, Alhamdulillah, bolehlah untuk orang-orang baru macam saya ni. Semoga ia terus berjalan lancar :-)
Sebenarnya semalam saya menghadiri satu temuduga di Petaling Jaya sebagai seorang Akauntan. Alhamdulillah, Allah (SWT) memperkenankan permintaan saya dan saya akan memulakan tugasan bermula hari Isnin ini. Tanggungjawab saya agak berat sebenarnya, sama seperti tugasan saya semasa di Jeddah, Arab Saudi. Namun, saya pinta kepada Allah (SWT) agar ditunjukkan jalan dan segala kesusahan dapat dirungkaikan. Maklumlah, sepandai atau sebijak manapun kita, kita tetap perlu kembali kepadaNYA. Kalau DIA tak izinkan, memang tak bolehlah. Begitulah resam kita sebagai hamba sebenarnya, kita perlu sentiasa meminta dan meminta kepadaNYA…dan DIA suka kepada hamba yang merayu dan merintih padaNYA :-)
Jumpa lagi! :-)





Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo