Social bookmarking cara mudah

12 09 2006

Assalamualaikum wbt dan sejahtera kawan-kawan semua. Harapnya semua sihat wal afiatlah. Saya pun Alhamdulillah, sihat seadanya. Topik kali ni, saya nak cerita tentang cara mudah nak social bookmarking di blog wordpress anda (Hmm, yang blog lain macam blogger tu saya tak berapa pasti. Saya cadangkan rujuk kat RajaBlog).

Haa, pernah tak nampak kotak-kotak kecik macam kat atas ni? Nilah yang dinamakan social bookmarking. Saya assume kawan-kawan faham tentang bookmarking ni. Dia lebih kurang macam kita bookmark buku fizikal lah, kita letakkan penanda buku kat situ. Dengan konsep yang sama, kita letakkan “penanda buku” maya kat post yang kita berkenan kat satu-satu blog tu (blog tu ibarat bukulah). Harap-harapnya dapat fahamlah ye :-) Proses nak mengintegrasikannya senang je. Download “sociable plug-in” untuk Wordpress. Follow instruction yang disediakan, as simple as that. Selepas install, sila ke tab “Plugins” di dashboard blog kawan-kawan, dan aktifkan sociable. Biasanya, ia straight away boleh digunakan. Kalau nak setting apa-apa, sila ke tab “Option” dan pilih tab “Sociable”. Terdapat beberapa option yang boleh kawan-kawan pilih di situ. Tak susah kan? Selamat Mencuba :-)



Meletakkan Adsense di Blog Perniagaan Anda

10 09 2006

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Apa khabar? Saya harap semuanya ok-ok belaka di dalam rahmat Allah (SWT) SWT. Masih belum terlambat untuk mengucapkan syukur kan? ;-)

Hmm, saya sebenarnya masih memikir-mikirkan kemungkinan untuk letakkan Adsense di blog saya ni khasnya, di blog perniagaan secara amnya. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, saya tak mempunyai blog khas lagi untuk Adsense (dalam perancangan nih, buku RajaAdsense saya dah baca :-) ) Jadi, sebagai permulaan saya bercadang nak letakkannya di sini sebagai latihan ;-) Namun begitu, saya tak pasti samada meletakkan Adsense di blog perniagaan sebagai langkah yang berkesan (atau mengundur ke belakang?) Saya tak pasti apa persepsi pelawat blog sekiranya saya mengambil langkah seperti ini. Apapun, saya akan cuba, dan lihat feedbacknya bagaimana. Sekiranya ada sen yang masuk, InsyaALLAH, ada potensi untuk dikembangkan…sekiranya tidak, saya akan lupakan saja dan teruskan dengan projek Adsense yang khas :-) (Tungguuu…on the way :-) )

Apa pula pandangan kawan-kawan? Kongsikanlah bersama-sama ye :-) Kalau kawan-kawan nak dapatkan tips dan triks untuk Adsense, especially untuk blog, rujuklah kat RajaBlog dgn Ro.botys. Post-post mereka memang menarik dan bermanfaat :-)



Wajah baru www.satayDIY.com

4 09 2006

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Alhamdulillah, kini SatayDIY muncul dengan wajah yang lebih anggun dan ceria :-) Malah kini kawan-kawan juga berpeluang menambah pendapatan dengan program affiliate yang turut saya sertakan. Sebenarnya, ini adalah untuk menyahut cabaran supaya mengaplikasikan ilmu pemasaran yang juga dikenali dengan nama “Viral Marketing”. Saya yakin, kawan-kawan tentu pernah dengar tentangnya, kan? (Tak pernah dengar? Takpe, dapatkan maklumat tu di dalam buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing hasilan Fuad Latif) Yelah, sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dimanfaatkan ;-) Jenguk-jenguklah ye, mudah-mudahan, ia bermanfaat untuk saya, rakan-rakan, dan mereka-mereka di luar sana tu. Doakan kejayaan kita semua ye :-)



Apakah Matlamat Anda Sebagai Usahawan Internet?

3 09 2006

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan sekelian. Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat-sihat belaka hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat wal afiat juga adanya. Sehingga kini, masih tercari-cari kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini. Semoga Allah (SWT) SWT memberi kekuatan dengan limpah hidayahNYA kepada kita semua.

Pada kali ni, saya nak ajak kawan-kawan berbicara tentang tajuk di atas. Ya, matlamat kawan-kawan dan saya… Apa sebenarnya yang bermain di fikiran kawan-kawan ketika mula-mula nak menceburkan diri dalam bidang Internet Biz ni. Saya sendiri sebenarnya bercita-cita untuk mempunyai kebebasan kewangan yang sejati…maknanya, takde hutang langsung, ada saving je :-) Tak mustahil kan? Memang, nak merealisasikannya tak semudah bercakap (atau menulis)…namun itulah yang saya impikan…dan saya sedar yang saya perlu berusaha keras untuk itu.Halangan dan tribulasi yang begitu banyak perlu diatasi dengan ilmu dan iltizam serta semangat yang tinggi. Seterusnya, dengan kebebasan kewangan yang bakal dicapai nanti, saya boleh menggunakan masa-masa yang banyak itu untuk keluarga dan UMMAH, berfikir kaedah-kaedah yang terbaik untuk memajukan masyarakat, berfikir tentang bagaimana maruah umat Islam dapat kembali terbela. Sebenarnya, untuk berfikir tentang perkara-perkara ni, tak perlu tunggu sampai saya dah jadi macam Dr. Irfan atau Kidino…sebelum sempat masa tu datang, umat dah terlebih dahulu diganyang oleh tangan-tangan rakus Yahudi dan musuh-musuh lain di luar sana tu, malah di saat ini pun roket-roket dan peluru-peluru Israel sedang sibuk mencari sasaran yang beridentitikan Islam. Cuma, dengan banyaknya masa, kita boleh berfikir dengan lebih mendalam, lebih kritis, dan lebih berkesan. Saya dapat lihat kebanyakan Usahawan Internet adalah manusia-manusia kreatif dan pandai mengambil peluang (ikhlas ni :-) ) Dan saya dapat lihat betapa besarnya maslahah untuk ummah sekiranya mereka-mereka ini dapat bergabung tenaga dan fikiran untuk memajukan masyarakat. Memang benar, kita ada pakar ekonomi, namun ia lebih bersifat teori…manakala bagi para Usahawan (khasnya Usahawan Internet) adalah lebih bersifat praktikal. Mereka ada matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang sedia terencana dalam kotak fikiran masing-masing…mereka telah sedia ada mempunyai komuniti yang besar, malah persahabatan yang akrab walaupun tidak bersua muka (dalam blog atau forum je :-) ) Inilah sebenarnya kekuatan…

Berbalik semula kepada topik. Kesimpulannya, matlamat saya ialah untuk menyumbang kepada ummah di dalam apa jua bentuk dan cara yang boleh dilaksanakan. Cuma, apabila kita lebih kukuh (lepas dapat kebebasan kewangan le tu :-) ), kita akan lebih fokus dan komited terhadap kerja-kerja yang juga dipanggil sebagai JIHAD EKONOMI ini. Ayuh para Usahawan Internet yang kreatif sekelian, sama-sama kita jadikan ini sebagai salah-satu agenda terpenting kita (hak terhadap diri sendiri dan keluarga jangan dilupakan) Kita pugar kembali maruah dan keyakinan ummah, malah kekuatan ekonomi yang satu ketika dahulu menjadi tunjang kekuatan ummah sedunia. Kawan-kawan dah bersedia?

PS: Dengan kebebasan kewangan juga, bererti kita sendirilah yang akan mendidik anak-anak kita di rumah, dan ini menambah eratkan hubungan kekeluargaan. Keluarga bahagia, masyarakat harmoni, InsyaALLAH.

PS: Matlamat jangka pendek saya nak tukar cover set motor saya tuh :-) InsyaALLAH, tak lama lagi..

PS: Ni motor idaman saya (idaman atas dunia ni lah :-) ) Ketahuilah, untuk mendapatkan kesenangan di dunia, ilmulah jawapannya. Begitu juga dengan akhirat, ilmu jualah penentu kebahagiaan di sana. Semoga kita berbahagia di dunia dan akhirat :-)






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo