February 17th, 2007 by walikard

Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat belakalah ye
Saya Alhamdulillah, sihat juga adanya. Di harapkan dengan kesihatan yang dikurniakan Allah
ini, kehidupan kita akan lebih terarah kepada mencari keridhaanNYA, InsyaALLAH.
Pada kali ni, saya cuma nak berkongsi video dengan kawan-kawan semua. Yelah, ramai yang dah start dengan Youtube…jadi, saya pun tak mahu ketinggalanlah
Video ni saya ambil semasa kami membakar satay di Sri Andalas, Klang. Maafkan saya kerana kualitinya kurang baik..tetapi jejaka-jejaka hensem kat dalam video tu tetap jelas kelihatan
Disebabkan saya mengalami masalah untuk meletakkan video tu di sini, kawan-kawan boleh menonton video tersebut dengan klik di sini.
Selamat Menonton!
Rangkaian Terbaru SatayDIY
Kami dengan sukacitanya mengumumkan rakan perniagaan kami yang terbaru. Berikut ialah maklumat lanjut outlet berkenaan:
Gerai Satay DIY
No 26, Pusat Penjaja Taman Len Seng
Cheras, Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi rakan perniagaan kami En Khairudin Johari, 013-6345746 atau 019-3335741. Outlet beliau dibuka pada hari ini. Kalau ada sesiapa yang nak menikmati SatayDIY ni, bolehlah ke outlet beliau. InsyaALLAH, kawan-kawan pasti berpuas hati dengan baik satay mahupun layanan beiau.
Sudi-sudikalah ke sini ye 
Posted in Satay DIY, Resepi Satay, Peniaga, Youtube, Rahsia, Testing, rempah satay, Matlamat perniagaan, Motivasi, Aktiviti, perniagaan | 7 Comments »
February 16th, 2007 by walikard

Sebelum menulis dengan lebih lanjut, izinkan saya memohon kemaafan kerana sudah agak lama blog ini tak di”update”
Saya cuba juga mencari sela masa antara waktu-waktu sibuk saya namun tetap tak berjaya. Biasanya, sela-sela masa tu diisi pulak dengan benda-benda lain yang saya rasakan susah untuk dikorbankan
Apapun, InsyaALLAH, saya cuba mengemaskinikan blog dengan lebih kerap. Mungkin saya boleh praktikkan jadual tetap untuk menulis di sini. Mudah-mudahan Allah
beri kelapangan masa dan fikiran untuk berbuat demikian.
Affiliate Rahsia SatayDIY Kini dilancarkan
Ya, sistem affiliate tu dah siap dan sedang berjalan, juga sedang menanti kedatangan para agen untuk memeriahkannya
Kawan-kawan yang berminat bolehlah mendaftarkan diri di sini.
Setiap jualan akan mendapat RM10 sebagai komisen, dibayar pada setiap 28hb tanpa ada minimum payout. Bagi setiap agen yang berjaya membuat 10 jualan, InsyaALLAH, saya ada hadiah istimewa untuk anda
Blog berumah baru
Lupa pulak nak tanya…macam mana dengan “cat” baru rumah saya ni? Ok tak? Sebenarnya saya saje tukar supaya sedikit “segar”. Nanti dah boring dengan yang ini saya cat yang baru pulak
Heheh
Oklah, saya rasa setakat ni dululah dari saya buat sementara waktu ni. Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati Allah
dan berada di dalam rahmat serta perlindunganNYA.
Jumpa lagi
ps: Takde idea nak tulis panjang-panjang. Ni dah pukul 6.00 pagi pun dok pejabat lagi. Lepas solat subuh nak balik terus. Isteri dan anak-anak sedang menanti dirumah.
Posted in Panduan, Resepi Satay, Peniaga, Agen, Satay DIY, Rahsia, Islam, Matlamat perniagaan, Aktiviti, Iklan, perniagaan | 2 Comments »
February 1st, 2007 by walikard

Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sihat wal afiat di samping mendapat perlindungan Allah
SWT, InsyaALLAH. Saya sebenarnya agak penat sebab malam tadi terpaksa menyiapkan kerja-kerja di office sehingga pukul 12.00 malam. Yelah, bukannya penat fizikal, tapi penat otak
Yelah, pekerjaan saya adalah berkaitan dengan perakaunan…jadi, faham-faham jelah
Apapun, saya enjoy dengan tugas saya. Bagi saya, ia adalah pengalaman hidup yang sangat bermakna, dan InsyaALLAH mematangkan saya. Agaknya kepenatan inilah yang menyebabkan saya (kereta kesayangan saya) melanggar tiang pondok parking masa datang kerja pagi ni
Hehehe…
Rahsia SatayDIY akan dilancarkan pada hari Isnin, 17 Muharram 1428 bersamaan 5 Februari 2007 Khamis, 20 Muharram 1428 bersamaan 8 Februari 2007
Sebagaimana yang kawan-kawan baca di atas, InsyaALLAH, Rahsia SatayDIY akan dilancarkan pada hari tersebut. Apapun, ia hanyalah untuk 100 pendaftar pertama sahaja dahulu. Untuk yang lain-lain InsyaALLAH akan dilancarkan seminggu selepas itu. Para pelanggan awal ni saya akan gelar mereka “pioneer” dengan syarat mereka bersama-sama saya untuk membina dan meluaskan brand SatayDIY ni
Benar, kamilah yang mengasaskan SatayDIY ni. Tapi tak salahkan kalau yang lain-lain juga mendapat manfaat? Saya benar-benar berharap projek ini bakal memberi manfaat dan sumbangan kepada mereka-mereka di luar sana, InsyaALLAH
ps: Kepada yang masih berminat untuk mendaftar, kawan-kawan masih boleh berbuat demikian di sini. Masih ada tempat lagi
Posted in Satay DIY, Rahsia, Panduan, Resepi Satay, Peniaga, Blog, Iklan, Matlamat perniagaan, Islam, Internet Biz, Motivasi, Aktiviti, perniagaan | 7 Comments »