Sudah 17 hari kita berpuasa…kualitinya?

10 10 2006

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berdoa agar kita semua dilimpahi rahmat dan hidayah Allah (SWT) SWT. Err, soalan kat atas tu sebenarnya saya tujukan kepada diri saya sendiri…di mana ia mengingatkan saya kembali kepada azam saya bermula sebelum Ramadhan lagi. Mudah-mudahan Allah (SWT) SWT menerimanya, dan beri kita kekuatan untuk ke arah puasa yang dikehendakiNYA. Sama-samalah kita berusaha, dan terus berusaha kerana rahmat dan hidayah hanya akan bertemu kita sekiranya kita mengusahakannya…bukannya duduk diam dan HANYA berdoa. Sampai bila-bila pun hidayah tu tak kunjung tiba ;-)

Sedikit update tentang E’id yang bakal menjelma. Kami dah menerima tempahan pertama sebanyak 5,000 cucuk pada 2 Syawal 1417 ni, bertempat kat Klang jugaklah. Tempahan pertama ni daripada salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor. Alhamdulillah, kepercayaan beliau masih tetap bersama kami, dan ini tahun yang keempat kami menerima order dari beliau. Untuk pengetahuan pembaca, kami menerima tempahan tidak kira dari sesiapa sahaja, janji tak associate dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam. Maklumlah, keberkatan dalam perniagaan itu amat-amatlah diperlukan, dan kawan-kawan tentu maklum akan signifikannya kan :-)

Baiklah, saya rasa setakat ni dulu buat masa ni. InsyaALLAH, saya akan update lagi dari masa ke semasa. Bersempena dengan Nuzul Quran ni juga saya nak mengucapkan Selamat Menghayati Al-Quran (bukan hari je, hari-hari yang lain pun sama-peringatan buat diriku jua ;-) ) Semoga Allah (SWT) SWT terus-menerus mengekalkan kita dengan nikmat Iman dan Islam ini.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

7 responses to “Sudah 17 hari kita berpuasa…kualitinya?”

11 10 2006
cikgubiz (05:40:25) :

Wow banyak jugak tempahan tu….

11 10 2006
linn_comel (08:50:17) :

Wah.murah rezeki En.Walikard..semoga terus murah rezeki

11 10 2006
walikard (11:20:15) :

cikgubiz, linn: terima kasih banyak2…mudah-mudahan dapatlah kami cope dengan tempahan tu, InsyaALLAH :-)

11 10 2006
tawel (16:40:02) :

Assalamualaikum en walikard. Ini kali ketiga datang sini. CAri2 chatter box, tapi tak jumpa pulak. Takut2 jugak nak datang sini sebenarnya..takut meleleh air liur bila tengok sate..lagi2 dalam bulan puasa ni di perantauan yg semestinya takde sate..

11 10 2006
Fuad (17:24:14) :

Semoga dimurahkan rezeki selalu Azrul.. Harap2 satu hari nnti boleh pegi try satay En. Azrul. Takde cadangan bukak cawangan kat terengganu ke?

11 10 2006
Syedas (22:51:44) :

Alhamdulillah….Rezki Ramadhan dan Syawal menjelma…Semoga En.Walikard dimurahkan rezeki selalu…Amin…!

12 10 2006
walikard (23:31:55) :

tawel: terima kasih sebab sudi datang…err, nanti dah balik Malaysia jemputlah datang :-)

Fuad: ada gak cadang2 nak bukak cawangan kat Ganu nih…tapi masa tak mengizinkan lagi…InsyaALLAH, ada azam ke arah tu :-)

Syedas: Terima kasih bebanyak…Amin :-)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo