Apa yang terbaru dari kami?

January 3rd, 2009 by walikard

Asalamualikum

Apa khabar semua? Mudah-mudahan bertambah iman dan bertambah kesihatan. Kami di sini sihat wal afiat, dan tetap meneruskan kehidupan yang serba mencabar in seperti biasa. Untuk pengetahuan para pembaca, kami kini mempunyai beberapa lagi outlet yang beroperasi secara “kedai” dan “gerai”. InsyaALLAH, di post yang akan datang, saya akan mengemaskinikan semuanya. Nantikannya ya :)

Posted in Resepi Satay, Satay DIY, Aktiviti, perniagaan | No Comments »

Sedikit Update di Pagi 19 Syawal/Oktober 1429H/2008

October 19th, 2008 by walikard

Asalamualikum

Mudah-mudahan rakan-rakan yang diberkati berada dalam keadaan sihat wal afiat di samping keluarga ya :) Saya sekadar ingin berkongsi beberapa keping gambar yang sempat saya ambil pagi ini. Untuk makluman semua, boleh dikatakan sepanjang Syawal ini, ini adalah antara rutin harian kami pada setiap hari ;)

Posted in E'dil Fitri, Satay DIY, Personal, Aktiviti, perniagaan | No Comments »

Logo Baru SatayDIY.com

December 29th, 2007 by walikard

Asalamualikum

Diam tak diam, kita sebenarnya dah menghampiri tahun baru 2008. Persoalan sama ada azam tahun lalu dah tercapai atau belum, kerap kali di bangkitkan, bahkan soalan tersebut menjadi automatik setiap kali tahun baru bakal menjelma. Apapun, kita mesti memandang ke hadapan, dan kalau perlu melihat ke belakang pun, hanyalah untuk tujuan “compare and analysis”, buat panduan kita merangka pelan hadapan yang lebih bermakna dan betul, InsyaALLAH.

Bagi pihak SatayDIY.com, tahun 2007 merupakan tahun peningkatan di mana usaha kami memulakan perniagaan “0n-line” ini mula menampakkan hasil. Alhamdulillah, semakin ramai yang menyedari kemunculan SatayDIY.com, malah tempahan-tempahan satay yang diterima dari pelanggan on-line juga semakin meningkat. Untuk itu, selaras dengan perkembangan tersebut, kami cuba untuk mengkorporatkan imej kami dengan menampilkan logo baru seperti di bawah ini:

Photobucket

Bagaimana pendapat anda dengan logo tersebut? Sebarang komen adalah amat dialu-alukan dengan cara meninggalkan komen anda di sini. InsyaALLAH, kami akan mengintegrasikan logo tersebut di website kami tidak lama lagi.

Posted in Satay DIY, Aktiviti, Motivasi, Matlamat perniagaan, perniagaan | 7 Comments »

Percubaan Kami Positif

December 14th, 2007 by walikard

Asalamualikum

Masih ingat tentang percubaan kami untuk mengetinkan produk SatayDIY? Anda boleh baca di sini untuk refreshment. Alhamdulillah, percubaan tersebut membuahkan hasil yang positif. Dari segi rasa, kami berjaya “mempertahankan” rasanya walaupun ia menjadi sedikit manis. Mungkin kami perlu memperbaiki atau mengubahsuai sedikit proses pengetinan tersebut. Untuk pengetahuan pembaca, kerja-kerja pengetinan ini dijalankan sepenuhnya oleh syarikat Pertima Trengganu Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang berpengkalan di Chendering, Terengganu Darul Iman. Syarikat tersebut menghasilkan produk-produk dalam tin seperti sardin (berjenama Pertima) dan buah-buahan dalam tin.

InsyaALLAH, kami akan mengemaskinikan lagi perkembangan terkini projek kami dari semasa ke semasa di sini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menghulur idea, buah fikir, melabur dengan kami, dan apa jua pertanyaan, sila berbuat demikian dengan mengisi borang di sini.

Posted in Satay DIY, Testing, Aktiviti, perniagaan | No Comments »

Perkembangan Positif SatayDIY.com di Bulan Syawal 1428

December 13th, 2007 by walikard

Asalamualikum

Apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan sekelian berada dalam keadaan sihat wal afiat. Saya Alhamdulillah, sihat jua adanya. Mudah-mudahan juga,kesihatan yang Allah (SWT) kurniakan ini akan digunakan sebaik-baiknya, ke arah mendekatkan diri padaNYA dalam apa jua tindakan kita. Untuk kali ini, saya subjek di atas adalah agak terlewat memandangkan kita sudah pun menghampiri E’idul Adha. Apapun, anggaplah ia sebagai perkongsian maklumat yang diharapkan memberi manfaat kepada semua.

Alhamdulillah, pada bulan Syawal yang lepas, jumlah tempahan satay yang kami terima adalah mencecah 80,000 cucuk, satu angka yang kami anggap besar memandangkan “current setup” kami adalah berskala kecil. Rata-rata, tempahan-tempahan adalah tertumpu di sekitar Lembah Klang. Antara pelanggan-pelanggan kami adalah seperti berikut:

1) Kakitangan Polis di Bukit Aman

2) Karangkraf Sdn. Bhd.

3) Muzik FM

4) Kakitangan Imigresen

5) Kakitangan Kastam

6) Kakitangan UIA Gombak

7) Pelanggan-pelanggan perseorangan

Kami amat berharap agar pelanggan-pelanggan kami ini berpuas hati dengan perkhidmatan dan kualiti satay yang telah kami sajikan. Kepada sesiapa yang berminat nak membuat tempahan, kami amat mengalu-alukannya dengan cara SMS atau menelefon kami di 0193680495 (En Razak) atau 0193799160 (Azrul). InsyaALLAH, setakat ini dahulu buat kali ini. Jumpa lagi :-)

 

Posted in Satay DIY, Aktiviti, perniagaan | No Comments »

« Previous Entries