Kelahiran cahaya mata ketiga

9 02 2009

Asalamualikum

Pada 7 Februari 2009, bersamaan 11 Safar 1430Hijriah, jam 12.50 tengahari, Muhd Umar Abdul Aziz selamat dilahirkan ke dunia ini. Mudah-mudahan, Muhd Umar akan menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan, baik akhlaknya, kental semangatnya, dan luhur pula budinya. Hari kelahirannya, yang sama dengan tarih lahir umminya menjadikan detik tersebut lebih istimewa. Buat para puteriku, Fatimah Az-Zahrah dan Sumayyah, jaga ‘baby’ Umar baik-baik ya, dan jangan buli dia :)

muhd-umar.jpg



Krisis Ekonomi di USA: Ingin Berkongsi Maklumat

11 10 2008

Asalamualikum

Apa khabar rakan-rakan sekelian? Mudah-mudahan sihat wal afiat adanya. Saya Alhamdulillah, cuma anak sulung saya mengalami kecederaan pada mulutnya akibat terlalu “buas”. Dia terjatuh,dan mulutnya terkena kerusi. Banyak juga koyaknya. InsyaALLAH, sakitnya sudah kebah. Cuma, kesan fizikalnya masih ada. Saya tak pasti samada ia akan hilang, atau kekal apabila dibiarkan. Jika tiada aral, esok saya akan membawanya ke Klinik Kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Yang pasti, “buasnya” tak pernah hilang :)

Tentu rakan-rakan mendengar banyak laporan tentang krisis kewangan yang melanda USA sekarang ini bukan? Malah, ia telah menular ke Britain, dan beberapa bank utama telah pun dibeli oleh kerajaan. Terdahulu, beberapa gergasi kewangan “riba” USA juga telah tersungkur, dek kerakusan sistem ekonomi kapitalis itu sendiri. Untuk memahami isu ini dengan lebih lanjut, saya mencadangkan agar rakan-rakan dapat merujuk kepada penulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman di link berikut:

http://www.zaharuddin.net//index.php?option=com_content&task=view&id=759&Itemid=95

Mudah-mudahan bermanfaat buat rakan-rakan sekelian.



Theme bertukar lagi ;-)

20 04 2007

Asalamualikum

Hmm, nampaknya saya dah kembali bertukar ke theme yang lama. Bukan apa, theme yang saya guna sebelum ni ada problem sikit lepas proses upgrade dari 1.something to 2.1.3 baru-baru ni. Lagipun saya buat manual upgrade sebab masa tu automated upgrade ada problem (Fantastico tak appear kat control panel)…jadi faham-faham jelah bila orang yang tak berapa pandai ni buat…ada-ada jelah masalahnya ;-)

Harap-harapnya theme ni masih relevan, InsyaALLAH…ni saya ada nak kongsikan gambar-gambar anak saya masa sambutan birthday dia baru-baru ini.

img_0135.jpg

img_0134.jpg

Semangatnya dia meniup :-) Mudah-mudahan anak abi ni tabah menjalani kehidupan yang semestinya lebih sukar dan jerih lepas ni..InsyaALLAH, abi akan sentiasa membimbingmu menjadi anak yang berguna kepada Islam, bangsa dan negara.






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo