Selamat Menyambut E’idil Adha 1430H

28 11 2009

Asalamualikum

E’idil Adha untuk semua. Mudah-mudahan di hari yang diraikan ini, kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, kisah-kisah pengorbanan Rasulullah SAW di dalam usaha Baginda menyebarluaskan ajaran Islam, dan kisah-kisah pengorbanan insan-insan yang berada di sekeliling kita dan menginsafkan kita, seterusnya membawa kepada ketundukan dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada Allah (SWT). Kepada yang mampu, berkorbanlah.

Bersempena dengan hari yang barakah ini, kami ingin mengambil kesempatan utuk mengucapkan Salam E’idil Adha kepada semua umat Islam. Kepada semua pelanggan kami, diharapkan anda tidak jemu-jemu makan satay kami :) InsyaALLAH di pihak kami pula, kami akan sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Untuk tatapan, saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa penyediakan satay pelanggan, dan juga juadah untuk kami sendiri.

Satay For Puan Ruslina

Inilah packaging yang kami gunakan untuk penghantaran

Hidangan di pagi Raya

Tak banyak mana juadah kami, adalah sikit :D



Selamat E’dil Adha, Update Projek Kedua SatayDIY

31 12 2006

Asalamualikum

Selamat E’idil Adha kawan-kawan semua. Mudah-mudahan di hari yang mulia ini, semuanya sihat-sihat belaka, InsyaALLAH. Saya Alhamduillah, sihat juga adanya. Letih sikit je sebab tolong orang korban lembu pagi tadi. Yelah, orang tak biasa ;-) Hari Selasa ni InsyaALLAH ada lagi…yang ni saya ambil bahagian untuk aqiqah anak kedua saya. Mudah-mudahan berjalan lancar macam hari ni jugalah hendaknya. Saya percaya, sekiranya niat kita memang benar-benar ikhlas kerana Allah (SWT), InsyaALLAH, segalanya dipermudahkan.

Begitulah juga dengan apa jua yang kita lakukan, termasuklah dengan perniagaan kita. Saya sentiasa bertanya diri (muhasabah), apakah yang saya sedang lakukan ini adalah keranaNYA. Maklumlah, kita ni sentiasa perlu mengingatkan diri sendiri agar sentiasa kembali kepadaNYA, apatah lagi kalu ada orang yang sentiasa mengingatkan. Mudah-mudahan, kita sentiasa bertanya diri sendiri, sebanyak manakah yang telah kita sumbangkan untuk agama dan negara…InsyaALLAH, kita akan sentiasa dipandu ke lorong yang betul. Dalam erti kata yang lain, berkorbanlah…

2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah…Ayat 2, Surah Al-Baqarah

SatayDIY dah ada kelainan ;-)

Dah ada kelainan? Apa yang lainnya? Hehehe, kalau nak tahu, masuklah ke laman web saya sekarang atau klik di sini. Hmm, takdelah apa yang gempak sangat, biasa-biasa je. Sekadar orang kata “teguran mesra” dari saya. Jemput-jemputlah ye :-) Nak cerita kat sini tak bestlah ;-)






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo