Satay Dalam Tin: Berbaloi?

25 10 2007

Asalamualikum

Pada kali ini saya memerlukan bantuan dari para pembaca untuk memberikan saya sedikit gambaran tentang keupayaan Produk Satay Dalam Tin untuk dipasarkan. InsyaALLAH sekiranya poll result adalah positif, saya akan memulakan langkah untuk menjalankan proses R & D dan langkah-langkah yang sepatutnya untuk menjelmakan produk tersebut. Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama pembaca sekelian.

polls Apa Pendapat Anda Tentang Satay Dalam Tin?
Saya yakin ada sambutan
Susah nak berjaya
Tak pasti
Satay DIY





Rancangan SatayDIY.com yang seterusnya

20 06 2007

Asalamualikum

Maafkan saya kerana sudah hampir 3 minggu saya tdak membuat apa-apa terhadap blog saya ini. Sebenarnya, saya lebih meluangkan banyak masa dengan memikirkan rancangan perniagaan dan mula menanam komitmen kepada blog saya yang sebuah lagi iaitu Walikard.com. Namun begitu, ini tak bermakna saya mengabaikan blog ini begitu sahaja. Dari hari ke hari saya mengumpul kekuatan untuk menulis dan memberi input-input baru tentang perkembangan SatayDIY.com. InsyaALLAH, di sini saya akan bentangkan serba sedikit tentang rancangan-rancangan tersebut.

1) Melancarkan dedicated page untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan satay

InsyaALLAH, page yang masih di dalam peringkat pembinaan ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya rakan-rakan berminat untuk menjadi peniaga satay, di sinilah, InsyaALLAH tempatnya. Anda boleh mendapatkan bekalan satay mentah di sini. Saya sedang memikirkan cara yang terbaik untuk membekalkan satay-satay mentah ini di mana-mana jua di seluruh semenanjung Malaysia. Buat masa ini, untuk bekalan ke Kota Sarang Semut, Kedah, kami menggunakan perkhidamatan bas express. Alhamdulillah, setakat ini tiada apa-apa masalah yang timbul.

2) Khidmat penghantaran satay di Lembah Klang

Saya ingin mencuba konsep Pizza Hut delivery dengan SatayDIY.com ini. InsyaALLAH, apabila dah jalan nanti saya akan uar-uarkan di sini. Penghantaran? Dah tentulah guna motor ;-)

Oklah, setakat ni dulu update daripada saya. InsyaALLAH, saya akan update lagi dari masa ke semasa. Kalau rakan-rakan mempunyai idea bernas untuk dikongsikan, jangan segan-segan nak beritahu ye :-) Jumpa lagi



Update Terbaru SatayDIY.com

15 05 2007

Asalamualikum

Sudah agak lama saya tak update blog ni ;-) Dan saya sering menyalahkan “sibuk” untuk tidak menggerakkan jari-jemari untuk menaip dan menjana idea (ya, biasanya bila dah start taip baru idea nak masuk…pendek kata, just start, jangan fikir lama-lama sangat, nanti idea tu jadi basi :-) ) InsyaALLAH, selepas ini saya lebih berazam untuk menjadikan “rajin” sebagai teman utama saya.

Web Khas Untuk Rangkaian SatayDIY.com

Alhamdulillah, saya sebenarnya dah menyiapkan satu laman web yang simple untuk salah satu rangkaian kami iaitu Hotzone Satay. Rangkaian ini diusahakan oleh En. Salleh dan berpengkalan di Gombak dan Batu Caves. Antara servis-servis yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Jualan satay seperti satay ayam, daging, perut dan kambing;
  2. Perkhidmatan pembekalan satay mentah bagi para peniaga yang berminat untuk menjual satay DIY;
  3. One stop centre untuk para pengusaha satay di mana anda boleh mendapatkan dapur satay, dapur-dapur stainless steel, arang, minyak, satay mentah dan apa juga yang berkaitan dengan satay di sini;
  4. Tempahan untuk majlis-majlis.

En. Salleh ni friendly orangnya :-) Boleh dibawak berbincang pada bila-bila masa sahaja. Kalau ada apa-apa yang nak ditanya, anda boleh terus ke laman webnya.

Satay DIY Goes International?

InsyaALLAH, kalau tiada aral melintang, cawangan Satay DIY akan dibuka di Brunei, jangkanya dalam tahun ini jugalah. Harap-harapnya berjalan lancarlah :-) Di samping itu, saya juga sedang berusaha untuk memasarkan satay DIY ni secara frozen ke negara-negara lain yang mendapat permintaan. Doakan kami berjaya ye :-) Andai diizinkan Allah (SWT), Satay DIY boleh dilihat juga di negara-negara luar. Teringat iklan popiah daripada Exim Bank yang sedang rancak di kaca-kaca televisyen. Kira inspirasilah ni :-)

Laman Food Articles Kami Sudah Berjalan 

Di samping perkembangan offline kami, secara online juga kami dah bergerak ke hadapan sedikit dengan mewujudkan satu sub-website berkenaan Food Articles secara umum. Anda boleh melawatnya di sini. Sebenarnya, ini adalah salah satu usaha untuk meningkat income Adsense saya ;-) Cubalah, manalah tahu ada rezeki lebih, InsyaALLAH. Critics and ideas are welcome :-)



Berusaha dan terus berusaha

20 03 2007

Asalamualikum

Apa khabar? Dah agak lama saya tak update blog ni. Maafkan saya atas perkara tersebut memandangkan saya terpaksa berhempas-pulas untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat, di samping kerja-kerja offline SatayDIY.com itu sendiri. Apapun, Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk menulis lagi pada kali ini. Mudah-mudahan, kita dapat memaksimakan sepenuhnya kesempatan masa yang diberikan kepada kita memandangkan ia akan ditanya di”sana” nanti, InsyaALLAH.

Gerai Tidak Lagi Beroperasi

Hmm, sebenarnya dah lama gerai kami tak dibuka memandangkan Pejabat Tanah Daerah Klang telah mengeluarkan notis untuk menghentikan operasi. Apapun Alhamdulillah, rezeki tempahan pula yang banyak mendatang daripada para “reseller” kami yang bergerak aktif di luar sana. Pasar malam setiap Jumaat malam Sabtu pula tetap “maintain” macam biasalah. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik notis penutupan itu…yelah, kami dah boleh menumpukan kepada aktiviti “supply”, dan terus berusaha untuk meneroka pasaran-pasaran baru. Target tu memanglah tinggi, tapi akan dilaksanakan dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain, InsyaALLAH :-) Yang penting, kami berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal penat dan jemu.

SatayDIY ke Brunei? 

InsyaALLAH, kalau tiada aral melintang, bakal rakan kongsi kami dari Brunei akan datang ke Malaysia pada 21 hb Mac ni untuk membincangkan beberapa perkara berkenaan perniagaan. Targetnya adalah lebih kepada penubuhan franchise Satay DIY di Malaysia ini sendiri dan di Brunei jugaklah. Kawan-kawan doakanlah deal kami berjalan lancar. Mudah-mudahan, usaha kami untuk mengukuhkan jenama Satay DIY ni dipermudahkan jalannya, InsyaALLAH :-) Kepada kawan-kawan yang berminat untuk “join the wagon”, sila klik kat sini.



Affiliate Rahsia SatayDIY kini dilancarkan :-)

16 02 2007

Asalamualikum

Sebelum menulis dengan lebih lanjut, izinkan saya memohon kemaafan kerana sudah agak lama blog ini tak di”update” ;-) Saya cuba juga mencari sela masa antara waktu-waktu sibuk saya namun tetap tak berjaya. Biasanya, sela-sela masa tu diisi pulak dengan benda-benda lain yang saya rasakan susah untuk dikorbankan :-) Apapun, InsyaALLAH, saya cuba mengemaskinikan blog dengan lebih kerap. Mungkin saya boleh praktikkan jadual tetap untuk menulis di sini. Mudah-mudahan Allah (SWT) beri kelapangan masa dan fikiran untuk berbuat demikian.

Affiliate Rahsia SatayDIY Kini dilancarkan
Ya, sistem affiliate tu dah siap dan sedang berjalan, juga sedang menanti kedatangan para agen untuk memeriahkannya ;-) Kawan-kawan yang berminat bolehlah mendaftarkan diri di sini.

Setiap jualan akan mendapat RM10 sebagai komisen, dibayar pada setiap 28hb tanpa ada minimum payout. Bagi setiap agen yang berjaya membuat 10 jualan, InsyaALLAH, saya ada hadiah istimewa untuk anda :-)

Blog berumah baru

Lupa pulak nak tanya…macam mana dengan “cat” baru rumah saya ni? Ok tak? Sebenarnya saya saje tukar supaya sedikit “segar”. Nanti dah boring dengan yang ini saya cat yang baru pulak ;-) Heheh

Oklah, saya rasa setakat ni dululah dari saya buat sementara waktu ni. Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati Allah (SWT) dan berada di dalam rahmat serta perlindunganNYA.

Jumpa lagi :-)

ps: Takde idea nak tulis panjang-panjang. Ni dah pukul 6.00 pagi pun dok pejabat lagi. Lepas solat subuh nak balik terus. Isteri dan anak-anak sedang menanti dirumah. 






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo