25
04
2007

Apa khabar? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah hendaknya. Saya juga sihat Alhamdulillah. Cuma, penat sikit-sikit bekerja. Di tambah pulak dengan ulcer mulut yang semakin membesar
Hmm, kiffarah le tu, DIA suruh beringat sebenarnya…musim panas ni asbab je…Alhamdulillah ulcer mulut sahaja…lebih daripada tu, MasyaALLAH…mudah-mudahan saya menjadi lebih sabar dan redha
Sebenarnya dah lama tak sentuh pasal Adsense ni sebab tak aktif sangat. Yelah, saya try gitu-gitu je, tak serius. Cuma, bila saya cuba nak serius, Alhamdulillah setakat 2 3 hari ni ada je yang masuk walaupun cuma USD0.13 to USD0.71 sahaja. Saya fikir, kalau buat dengan serius dan bersungguh-sungguh tentu boleh dapat lebih kan?
Hmm, InsyaALLAH, selepas ni saya nak tingkatkan sedikit effort lepas kerje-kerja saya ni selesai…manalah tahu, kot-kot Allah
nak bagi rezeki kat situ…saya jelah yang kena mencuba dan terus mencuba
Satay, satay jugak kan…tapi kalau boleh diversify pun cantik
Comments : 7 Comments »
Categories : Adsense, Aktiviti, Blog, Google, Internet Biz, Komputer, Matlamat perniagaan, Motivasi, Panduan, Wordpress
11
11
2006

Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya semua sihat wal afiatlah. Saya Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Keluarga saya pun begitu juga
Sebenarnya sejak pagi tadi website saya tak dapat dimasuki. Namun begitu, syukur pada Allah
sebab masalah tu tak berpanjangan. Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan di Wangcyber dan support team Namsahaz. Bagi saya, memang support dari Namsahaz top class
Saya dapat reply dari mereka sekejap je, lepas tu dalam sejam website tu dah boleh “on” balik. Pantas dan efisien
Punca utama website saya di “block” adalah disebabkan oleh “Mail Bombardment from Server resulting in high load of the server”. Maksudnya, terlalu banyak email yang dihantar…kalau di hantar oleh orang ok jugak, tapi ini dihantar oleh robot…ya, robot. Sebenarnya, di dunia “world wide web” (dulu-dulu “world wide WAIT”, now no more
) ni pun ada robot jugak…tapi dalam bentuk yang berbezalah…sama jugak macam virus. Walaupun biasanya virus ni dikaitkan dengan penyakit kalau di dunia nyata, namun, ia tetap wujud di dunia cyber ni. Macam mana bentuknya tu, saya tak pastilah…boleh tanya En Hardi di sini.
Walau bagaimanapun, saya tetap menghentikan operasi buat sementara waktu untuk rectify masalah yang mungkin menjadi punca sebenar masalah agar pisang tak berbuah dua kali. Yelah, masalah yang saya sebut di atas tu satu hal…takut ada masalah tersembunyi yang tak nampak di mata kasar
InsyaALLAH, SatayDIY.com akan kembali menemui kawan-kawan secepat yang mungkin.
Oklah, saya rasa setakat ni dululah post ringkas saya. Mudah-mudahan ia bermanfaat. Jumpa lagi ye
Comments : 4 Comments »
Categories : Internet Biz, Komputer, Tips & Triks, perniagaan
7
11
2006

Saya nak buat iklan sikit. Ada seorang kawan nak jual notebook macam kat subjek tu. Ciri-cirinya adalah seperti berikut:
1) Pentium 4, 2.0 Ghz
2) 256MB, so-dimm RAM
3) 20 GB harddisk
Semuanya berkeadaan baik dan sempurna, InsyaALLAH. Reason untuk dijual ialah pemilik mahu beralih arah ke desktop, nak main game kot
(Owner jangan marah ye
) Sekiranya berminat, sila hubungi saya melalui email ke walikard[at]gmail.com atau comment sahaja di sini. Err, saya takde gambar sebenar dia, cuma ada gambar contoh je, minta maaf ye.
Sudah terjual. Terima kasih atas feedback yang kawan-kawan berikan

Comments : 19 Comments »
Categories : Iklan, Komputer, Personal, perniagaan
Recent Comments