Selamat Menyambut E’idil Adha 1430H

28 11 2009

Asalamualikum

E’idil Adha untuk semua. Mudah-mudahan di hari yang diraikan ini, kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, kisah-kisah pengorbanan Rasulullah SAW di dalam usaha Baginda menyebarluaskan ajaran Islam, dan kisah-kisah pengorbanan insan-insan yang berada di sekeliling kita dan menginsafkan kita, seterusnya membawa kepada ketundukan dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada Allah (SWT). Kepada yang mampu, berkorbanlah.

Bersempena dengan hari yang barakah ini, kami ingin mengambil kesempatan utuk mengucapkan Salam E’idil Adha kepada semua umat Islam. Kepada semua pelanggan kami, diharapkan anda tidak jemu-jemu makan satay kami :) InsyaALLAH di pihak kami pula, kami akan sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Untuk tatapan, saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa penyediakan satay pelanggan, dan juga juadah untuk kami sendiri.

Satay For Puan Ruslina

Inilah packaging yang kami gunakan untuk penghantaran

Hidangan di pagi Raya

Tak banyak mana juadah kami, adalah sikit :D



Perubahan Terkini SatayDIY.com

22 11 2009

Asalamualikum

Apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan berada dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya. Pada kali ini saya hendak berkongsi tentang beberapa perubahan yang di alami oleh website kami, dan juga blog ini sendiri. Sebenarnya, perubahan ini dah berumur hampir sebulan setengah. Agak lama juga untuk saya menguar-uarkannya di sini memandangkan terdapat beberapa siri perubahan-perubahan kecil yang turut saya sertakan. Apapun, saya kira, perubahan terbesar ialah dengan tertubuhnya syarikat kami sendiri, iaitu Walikard Sdn. Bhd., yang selamat “di lahirkan” pada 16 September 2009 yang lalu, beberapa hari sebelum E’idil Fitri. Dari tertubuhnya syarikat ini, kami berharap agar perjalanan aktiviti SatayDIY.com akan lebih lancar.

Di harapkan agar rakan-rakan sudi melayari website yang diberi wajah baru di sini. Komen dialu-alukan :)

Satay Ayam



Gambar-gambar di sekitar Rumah Terbuka Ei’dil Fitri Dato’ Rahman Palil-ADUN Sementa

28 09 2009

Asalamualikum

Sekadar perkongsian yang cepat. Sila lihat gambar-gambar yang dilampirkan ya :)

Bertempat di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Batu 4, Jalan Kapar, Klang

Memang ramai yang datang :)

Mata masing-masing tertumpu ke arah satay-satay yang bakal diagihkan

Full dapur tu

Bila nak sampai turn kami ni? Tak dapat pinggan, cawan pun jadilah :D



100,000 Cucuk Satay?

17 07 2009

Asalamualikum

Apa khabar para pembaca sekelian? Mudah-mudahan dalam perlindungan Allah (SWT) hendaknya. Saya Alhamdulillah, masih sihat dan ceria seperti biasa. Cuma, sedikit terbeban dengan kerja-kerja pejabat yang semakin membukit. Mengetuai satu jabatan tidaklah semudah semasa saya menjadi eksekutif dahulu. Kini saya perlu terlibat di dalam proses decision-making yang melibatkan perjalanan syarikat. Juga memerlukan sedikit elemen eksperimen apabila feasibility study tidak dapat dilakukan.

Agaknya, apa perasaan anda sekiranya mendapat permintaan satay sepertimana tajuk di atas? Teruja atau gusar? Untuk saya, ia adalah kombinasi di antara 2 perasaan tersebut. Mungkin komposisinya seimbang, 50% teruja, dan selebihnya gusar. Teruja memandangkan jumlah tersebut adalah besar jika hendak dibandingkan dengan setup yang kami ada sekarang. Gusar kerana takut-takut permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi. Apapun, pengalaman kami yang lepas-lepas, tekanan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malah ada ketikanya sentiasa dihambat tekanan demi tekanan, demi memenuhi tempahan-tempahan yang telah dibuat. Cuma pada kali ini, angka 100,00 ribu itu memang besar, dan bakal menjadi penanda aras baru, andai insyaALLAH rancangan tersebut menjadi.

Untuk angka sebesar itu, pihak SatayDIY masih di dalam peringkat perbincangan dengan pembeli. InsyaALLAH, saya akan update perkembangan-perkembangannya di blog ini dari semasa ke semasa. Ada  pesanan yang anda ingin sampaikan? Ada boleh berbuat demikian di ruangan komen di bawah ini.

Doakan kami :)



SatayDIY yang semakin sibuk

17 02 2009

Asalamualikum

Apa khabar? Mudah-mudahan para pembaa berada dalam keadaan sihat wal afiat. Kami di sini Alhamdulillah, baik adanya. Namun begitu, dari segi masa, kami benar-benar “diasak” :) Apapun, kami masih mampu tersenyum memandangkan, asakan sedemikian rupa merupakan suatu tanda yang SatayDIY semakin mendapat permintaan, Alhamdulillah. Walaupun penat bekerja siang ke malam, malah adakalanya ke dinihari, kepuasannya tetap dirasai :) syukur ke hadrat Illahi.

Buat masa ini, kami mendapat tempahan purata kira-kira 4,000 ke 5,000 cucuk satay seminggu, yang berbeza saiz atas permintaan pelanggan kami. Bagi menjaga kualitinya, salah satu pelanggan kami telah memperkenalkan kami kepada teknologi “vacuum packing”. Bukan itu sahaja, malah pelanggan kami meminjamkan “vacuum packer” mereka untuk kami bereksperimen. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik…dan kami sudah mula berfikir utuk berkolabrasi dengan pelanggan kami tersebut untuk mengeksport satay kami ini ke negara-negara luar.

InsyaALLAH, kami akan update lagi di masa yang lain, dan mungkin juga saya akan masukkan gambar-gambar untuk pandangan yang lebih jelas. Jumpa lagi :)






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo