Pembukaan Kedai Baru Kami: Cafe SatayDIY

11 01 2010

Asalamualikum

Real quick post daripada kami :-) Kedai baru kami telah beroperasi pada 6 Januari 2010 yang lalu. Alhamdulillah, setelah sekian lama diusahakan, dapat juga sebuah kedai yang “proper”. InsyaALLAH, selepas ini urusan pembekalan satay akan dilakukan di kedai ini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.

gambar kedai-painting

Proses pengemasan dalaman bermula

Gambar kedai-Progress 2

…luaran

Gambar kedai-progress 3

…luaran 2

gambar kedai-siap 2

Siap untuk beroperasi

gambar kedai-siap 1

Stall Satay dan Nasi Lemak

Proses pembaikan masih berjalan, dan beberapa perkara seperti signboard dan sebagainya masih belum disiapkan. InsyaALLAH, sedikit masa lagi, perkara-perkara tersebut akan di kemaskini dari semasa ke semasa. Jemputlah datang ke kedai kami ini yang bertempat di alamat berikut:

Kedai Luar Bandar Rantau Panjang

Jalan Musran

Rantau Panjang

42100 Klang

Jemput datang ya :-)



Ramadhan Kareem

12 09 2007

Asalamualikum

Mudah-mudahan masih ada yang setia mengikuti tulisan saya di blog yang hampir 80% bersawang ini. Asalnya, tangan ini masih dirasakan terlalu berat untuk menulis…tetapi apabila mengenangkan Ramadhan Al-Kareem yang bakal memunculkan diri buat kita mengambil bekal, saya gagahkan jua diri ini untuk membuang kemalasan itu jauh-jauh, dan sekiranya dapat (InsyaALLAH, saya berusaha sekuat mampu), kemalasan itu bakal dibuang buat selama-lamanya. Mudah-mudahan Allah (SWT) memberi kekuatan kepada kita semua.

Di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf dari rakan-rakan, teman-teman seperjuangan yang dimuliakan, atas apa juga kesalahan yang saya lakukan. InsyaALLAH, andai ada kesalahan kalian terhadap saya (Saya yakin tiada sekelumit pun), saya dah maafkan sejak dahulu lagi. Mudaha-mudahan kita sama-sama dapat meraup rahmat Allah (SWT), yang sebenarnya bonus buat kita. Bonus tahunan ini takkan habis dibelanja, sepertimana cepatnya bonus yang diberi oleh majikan masing-masing. Bonus ini bakal menjadi bekal ke akhirat, buat tambahan berat agar neraca timbangan lebih condong di sebelah kanannya. Semoga ia bermanfaat.

Selamat Datang Ramadhan yang ditunggu, bulan Allah (SWT).



Lebih banyak masa bersama blog ini

17 08 2007

Asalamualikum

Sebenarnya, minggu lepas adalah antara minggu yang tersibuk dalam hidup saya. Audit kewangan yang bakal menjelang benar-benar menyesakkan dada dan fikiran, tambahan pula inilah kali pertama saya akan di audit. Sebelum ini, saya yang bertugas mengaudit orang lain semasa bekerja dengan firma perakaunan Ernst & Young. Pada masa itu, rutin kehidupan kami para juruaudit memang tidak keruan. Makan minum tak tentu, apatah lagi nak menulis sepertimana sekarang ini. Alhamdulillah, setelah keluar dari dunia audit, kehidupan saya sedikit berubah ke arah yang lebih baik. Apapun, memandangkan ini kali pertama di audit, ia memang benar-benar menuntut komitmen yang tidak berbelah bagi, memandangkan saya mengerti benar apa “expectation” mereka. Saya tidak mahu mendengar kritikan pedas yang bakal dilempar sekiranya sistem perakaunan kami tidak memenuhi standard yang telah ditetapkan.

Atas kesungguhan yang terlalu bersungguh tersebut, saya secara tidak sengaja telah memadamkan sepenuhnya blog saya yang satu lagi, iaitu walikard.com. Asalnya saya ingin membuat “quick house keeping” di mana saya ingin membuang segala “sampah-sampah” yang tidak diperlukan dalam tersebut. Akibat sibuk dengan kerja dan keperluan mengemaskini blog yang dilakukan pada waktu rehat secara tergesa-gesa, saya telah melakukan kesilapan yang tidak sedikit. Apa yang berlaku adalah seperti yang dirancang di satu bahagian, manakala satu bahagian lagi adalah secara tidak terancang iaitu, saya telah bukan sahaja membuang “sampah-sampah”, tetapi juga yang bukan sampah iaitu database walikard.com itu sendiri. Blog yang banyak menyumbang kepada pendapatan Adsense itu kini telah tiada lagi, dan saya tiada niat untuk menghidupkannya semula. Bukan kerana putus asa, tetapi saya merasakan dengan blog itu, saya telah mengabaikan blog ini, dan ini adalah peluang terbaik saya untuk kembali memeriahkan blog Satay DIY ini. InsyaALLAH, dari semasa ke semasa, saya akan membawa perkembangan-perkembangan terkini Satay DIY, laman web pertama saya dalam dunia perniagaan Internet ini. Ia kini semakin matang, dan memerlukan usaha yang berterusan untuk menyambung momentumnya, agar ia berterusan berkembang dan maju. InsyaALLAH, blog ini akan kembali sepertimana dahulu.



Renewal of SatayDIY.com is done!

2 06 2007

Asalamualikum

 

Apa khabar kawan-kawan? Mudah-mudahan sihat-sihatlah hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat :-) Sepertimana tajuk di atas tu, Alhamdulillah, saya dah buat renewal. Ini bermakna, SatayDIY.com dah hampir setahun! (ya, belum setahun. 7hb Jun 2007 barulah cukup setahun ;-) ) Berikut adalah highlight kami sepanjang setahun:

1) Client on-line pertama kami ialah Universiti Lim Kok Wing. Mereka menempah hampir 7,000 cucuk satay ;-) Kelam-kabut jugalah dibuatnya…yelah, tiba-tiba je order masuk. Alhamdulillah, segalanya ditempuh dengan tabah. Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini.

2) Pada bulan Februari 2007, Rahsia.sataydiy.com dilancarkan. Pada bulan ini juga, kami telah menukar modus operandi dengan menjadi pembekal, bukan lagi penjual. Buat masa ini, kami hanya menjual di Pasar Malam sahaja. Alhamdulillah, pertukaran ini sebenarnya menjadikan operasi SatayDIY.com menjadi lebih kukuh. SatayDIY.com juga telah menerima rakan kongsi utama iaitu Hotzone Satay yang diuruskan oleh En. Salleh. Beliau kini menguruskan bekalan-bekalan satay mentah di Lembah Klang selain menjual sendiri di beberapa rangkaian beliau.

Err, 2 tu je kot ;-) Apapun, di sini saya nak mengulang-tayang video lama kami yang saya kira masih relevan.



Saya dah upgrade ke Wordpress 2.2

23 05 2007

Asalamualikum

Alhamdulillah, saya dah berjaya upgrade blog ni dari 2.1.3 kepada 2.2 :-) There’s no noticeable changes, cuma yang bestnya dia integrate sekali dengan widget. Orang yang non-techie dan malas macam saya ni bolehlah ;-) Err, interface blog ni pun saya dah tukarlah…tak tahulah ok ke tak memandangkan saya sendiri yang adjust2 header kat atas tu. Saje je letak gambar satay di sambar api tu, seolah-olah menggambarkan my burning desire to put SatayDIY.com on top. Feel free to comment ye :-)

Menjadikan Diri Lebih Fokus

Saya percaya yang di atas tu kehendak semua orang, yang terkadang-kadang menjadi masalah, termasuklah saya. Saya sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap fokus yang tinggi. Alhamdulillah, adalah sedikit hasil walaupun taklah sampai ke tahap membanggakan. Saya percaya kawan-kawan di luar sana mempunyai method yang boleh dikongsikan bersama di sini.

Buat masa sekarang, saya menjadikan inspirasi sebagai tool utama untuk fokus. Bila dah agak-agak fokus tu dah lari, saya akan kembali mengingatkan diri ini akan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah (SWT), suami, ayah, pekerja dan ahli masyarakat. Setiap satunya berhak diberikan hak masing-masing, dan masing-masing mempunyai hak ke atas kita. Sebagai hamba Allah (SWT), kita perlu taat kepada masa selagi mana ia tidak bercanggahan dengan kehendakNYA. Bukankah kerja itu juga ibadat? dan kita perlu untuk mengibadatkan kerja keranaNYA.

Sebagai suami dan ayah, kita perlu menyara keluarga dengan penuh tanggungjawab dan rezeki yang halal, di mana ia juga merupakan part of hamba kepada Allah (SWT). Sekiranya kita bekerja tanpa fokus dan matlamat, kerja akan tersasar dan objektifnya tak dapat dipenuhi…maka menurunlah prestasi kerja dan kemungkinan juga dipecat dan menatijahkan hilang sumber pendapatan. Perlu diingat, ini bukan untuk pemakan gaji sahaja malah peniaga atau yang bekerja sendiri di luar sana.

Akhir sekali, saya tinggalkan 2 fungsi terakhir iaitu sebagai pekerja dan ahli masyarakat kepada kawan-kawan untuk memikirkannya. Kalau kawan-kawan ada method lain untuk melatih fokus (ya, fokus boleh dilatih), kongsilah kat sini ye :-)






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo