Aktiviti Membakar Satay Pada 23 Januari 2010

26 01 2010

Asalamualikum

Saya ingin berkongsi aktiviti kami pada 23 Januari 2010 yang lalu. Bertempat di Kota Kemuning, Shah Alam, syarikat Inox Engineering telah menjemput kami melalui Puan Lina untuk membakar satay di tempat beliau. Berikut saya paparkan gambar-gambar berkenaan untuk tatapan para pembaca.

Inox Engineering

Syarikat Inox Engineering

In the Tent, Red Tent

Kelihatan para staff Inox mulai hadir

Kambing Panggang pun ada

Special ni, kambing panggang pun ada :)

Satay Satay

Aktiviti pembakaran bermula



Aktiviti SatayDIY.com pada 16 Januari 2010

25 01 2010

Asalamualikum

Kami memulakan tahun baru kami dengan order pertama kami, yang bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Kastam, Kelana Jaya. Pada hari tersebut, sebanyak 3,000 cucuk satay berjaya dibakar. pada sebelah malam hari sebelumnya, kami juga berjaya menyipakan sebnayk 1,000 cucuk satay yang siap dibakar untuk pra tetamu yang hadir di majlis pernikahan pasangan pengantin. Berikut adalah sedikit gambar-gambar yang sempat kami rakamkan.

Dewan Serbaguna Kompleks Kastam Kelana Jaya

Cook Like A Pro

Satay Arrangement How-To

Anda juga berminat ntuk mendapatkan khidmat kami? Jangan lupa lawati page Hubungi Kami ya :)



Pembukaan Kedai Baru Kami: Cafe SatayDIY

11 01 2010

Asalamualikum

Real quick post daripada kami :-) Kedai baru kami telah beroperasi pada 6 Januari 2010 yang lalu. Alhamdulillah, setelah sekian lama diusahakan, dapat juga sebuah kedai yang “proper”. InsyaALLAH, selepas ini urusan pembekalan satay akan dilakukan di kedai ini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.

gambar kedai-painting

Proses pengemasan dalaman bermula

Gambar kedai-Progress 2

…luaran

Gambar kedai-progress 3

…luaran 2

gambar kedai-siap 2

Siap untuk beroperasi

gambar kedai-siap 1

Stall Satay dan Nasi Lemak

Proses pembaikan masih berjalan, dan beberapa perkara seperti signboard dan sebagainya masih belum disiapkan. InsyaALLAH, sedikit masa lagi, perkara-perkara tersebut akan di kemaskini dari semasa ke semasa. Jemputlah datang ke kedai kami ini yang bertempat di alamat berikut:

Kedai Luar Bandar Rantau Panjang

Jalan Musran

Rantau Panjang

42100 Klang

Jemput datang ya :-)



Gambar-gambar di sekitar Pasar Ramadhan – 22 Ogos 2009

23 08 2009

Asalamualikum

Kali ini saya sekadar nak berkongsi gambar-gambar yang sempat saya ambil petang tadi. Maaf gambar tak berapa cantik :) Saya baru-baru belajar dengan kamera prosumer yang baru saya beli 2nd hand semalam.

Untuk hari pertama, kehadiran pengunjung tidaklah begitu ramai. Saya menjangkakan, faktor hari Sabtu, ditambah pula dengan cuti sekolah yang telah bermula, menyebabkan tidak begitu ramai mengunjungi Pasar Ramadhan  untuk mencari juadah berbuka puasa. Sekiranya jangkaan ini tepat, saya menjangkakan pada hari Isnin nanti, kehadiran akan menjadi lebih baik.



Anda Inginkan Bekalan Satay Mentah Frozen?

8 06 2009

Asalamualikum

Apa khabar para pembaca sekelian? Mudah-mudahan sentiasa sihat wal afiat di dalam perlindungan Rabbul A’lamin. Kami di SatayDIY.com Alhamdulillah, semuanya masih sihat wal afiat untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini sebagai hambaNYA. Mudah-mudahan kita sentiasa diberi panduan and petunjuk olehNYA. Pada kali ini, saya sekadar hendak berkongsi dengan para pembaca kami tentang produk yang sebenarnya telah lama kami hasilkan, tetapi tidak diuar-uarkan secara online. Produk yang kami maksudkan ialah Satay Mentah Frozen kami.

Produk ini kami hasilkan atas permintaan para reseller kami di mana mereka mementingkan kaedah penyimpanan yang efektif. Satay-satay yang siap dihasilkan akan di pek secara “vacuum packing” untuk menjamin ketahanannya. Rasanya juga lebih sedap, memandangkan cara pembungkusan yang sedemikian menyebabkan proses “marinade” atau pemerapan berlaku dengan lebih lama. In juga tampak lebih menarik, dan paling penting, lebih mudah untuk para “end user” kami mengendalikannya. Produk ini merupakan satu daripada produk terbaik kami sepanjang menjadi peniaga satay sejak sekian lama.

Harga? Ya, kami tidak menaikkan harga kami walaupun kaedah pembungkusan moden telah dilaksanakan. Untuk satay mentah tersebut, harganya ialah RM0.40 untuk setiap cucuk,  dan harga tersebut adalah lebih murah untuk para peniaga dan pembeli yang membeli pada skala besar. Untuk setiap 100 cucuk, 1kg kuah SatayDIY yang istimewa akan dibekalkan, juga dalam bentuk “frozen”.

Anda berminat? Sila hubungi kami pada bila-bila masa di talian 019-3680495 (Razak Hussin) atau 019-3799160 (Azrul Razak). Tempahan untuk Hari Raya juga dibuka mulai sekarang.






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo