Gambar-gambar Terbaru Di Sekitar Cafe SatayDIY

23 05 2010

Asalamualikum

Sekadar quick sharing dari kami :) Berikut adalah gambar-gambar terbaru kedai kami yang bertempat di Rantau panjang, Klang. Bagi sesiapa yang ingin ke sini, kedai kami adalah berdekatan dengan Carrefour Klang. InsyaALLAH, kami boleh guide dari sana sehingga sampai ke kedai kami.

Dari luar kedai

Dalaman kedai

Kerusi taman di bahagian luar

Selamat berkunjung ke kedai kami ya :)



Perkembangan SatayDIY.com

9 04 2010

Asalamualikum

Minta maaf banyak-banyak terlebih dahulu memandangkan blog ini sudah agak lama tidak dikemaskini. Apapun, untuk perkembangan terbaru kami, para pengunjung boleh mendapatkan maklumat di sini:

http://forum.lowyat.net/topic/1144120

InsyaALLAH, di link tersebut, para pembaca boleh menilai maklumbalas yang telah diberi terhadap produk kami. Di samping itu, kami juga ingin memaklumkan yang kedai kami telah mempunyai signboard baru :)

Diharapkan agar para pengunjung sudi melawat kami di sini :)



Aktiviti Membakar Satay Pada 23 Januari 2010

26 01 2010

Asalamualikum

Saya ingin berkongsi aktiviti kami pada 23 Januari 2010 yang lalu. Bertempat di Kota Kemuning, Shah Alam, syarikat Inox Engineering telah menjemput kami melalui Puan Lina untuk membakar satay di tempat beliau. Berikut saya paparkan gambar-gambar berkenaan untuk tatapan para pembaca.

Inox Engineering

Syarikat Inox Engineering

In the Tent, Red Tent

Kelihatan para staff Inox mulai hadir

Kambing Panggang pun ada

Special ni, kambing panggang pun ada :)

Satay Satay

Aktiviti pembakaran bermula



Pembukaan Kedai Baru Kami: Cafe SatayDIY

11 01 2010

Asalamualikum

Real quick post daripada kami :-) Kedai baru kami telah beroperasi pada 6 Januari 2010 yang lalu. Alhamdulillah, setelah sekian lama diusahakan, dapat juga sebuah kedai yang “proper”. InsyaALLAH, selepas ini urusan pembekalan satay akan dilakukan di kedai ini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.

gambar kedai-painting

Proses pengemasan dalaman bermula

Gambar kedai-Progress 2

…luaran

Gambar kedai-progress 3

…luaran 2

gambar kedai-siap 2

Siap untuk beroperasi

gambar kedai-siap 1

Stall Satay dan Nasi Lemak

Proses pembaikan masih berjalan, dan beberapa perkara seperti signboard dan sebagainya masih belum disiapkan. InsyaALLAH, sedikit masa lagi, perkara-perkara tersebut akan di kemaskini dari semasa ke semasa. Jemputlah datang ke kedai kami ini yang bertempat di alamat berikut:

Kedai Luar Bandar Rantau Panjang

Jalan Musran

Rantau Panjang

42100 Klang

Jemput datang ya :-)



Selamat Menyambut E’idil Adha 1430H

28 11 2009

Asalamualikum

E’idil Adha untuk semua. Mudah-mudahan di hari yang diraikan ini, kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, kisah-kisah pengorbanan Rasulullah SAW di dalam usaha Baginda menyebarluaskan ajaran Islam, dan kisah-kisah pengorbanan insan-insan yang berada di sekeliling kita dan menginsafkan kita, seterusnya membawa kepada ketundukan dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada Allah (SWT). Kepada yang mampu, berkorbanlah.

Bersempena dengan hari yang barakah ini, kami ingin mengambil kesempatan utuk mengucapkan Salam E’idil Adha kepada semua umat Islam. Kepada semua pelanggan kami, diharapkan anda tidak jemu-jemu makan satay kami :) InsyaALLAH di pihak kami pula, kami akan sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Untuk tatapan, saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa penyediakan satay pelanggan, dan juga juadah untuk kami sendiri.

Satay For Puan Ruslina

Inilah packaging yang kami gunakan untuk penghantaran

Hidangan di pagi Raya

Tak banyak mana juadah kami, adalah sikit :D






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo