28
09
2009

Sekadar perkongsian yang cepat. Sila lihat gambar-gambar yang dilampirkan ya

Bertempat di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Batu 4, Jalan Kapar, Klang

Memang ramai yang datang

Mata masing-masing tertumpu ke arah satay-satay yang bakal diagihkan

Full dapur tu

Bila nak sampai turn kami ni? Tak dapat pinggan, cawan pun jadilah
Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, E'dil Fitri, Matlamat perniagaan, Motivasi, Resepi Satay, Satay DIY, perniagaan
23
08
2009

Kali ini saya sekadar nak berkongsi gambar-gambar yang sempat saya ambil petang tadi. Maaf gambar tak berapa cantik
Saya baru-baru belajar dengan kamera prosumer yang baru saya beli 2nd hand semalam.





Untuk hari pertama, kehadiran pengunjung tidaklah begitu ramai. Saya menjangkakan, faktor hari Sabtu, ditambah pula dengan cuti sekolah yang telah bermula, menyebabkan tidak begitu ramai mengunjungi Pasar Ramadhan untuk mencari juadah berbuka puasa. Sekiranya jangkaan ini tepat, saya menjangkakan pada hari Isnin nanti, kehadiran akan menjadi lebih baik.
Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, Matlamat perniagaan, Peniaga, Ramadhan, Satay DIY, perniagaan
22
08
2009

Kepada para pembaca & pemerhati blog ini, saya mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua. Mudah-mudahan dengan Ramadhan pada kali ini, menjadi titik tolak kepada permulaan yang baru dalam hidup kita. Permulaan yang baik, dari yang kurang baik sebelumnya. Jika sebelum ini kita merasa berat untuk melakukan ibadah-ibadah sunat, jadikan ia “ringan” pada kali Ramadhan ini, dan mudah-mudahan pula ia berpanjangan ke bulan-bulan yang lain pula. Jika sebelum ini masjid-masjid dan surau-surau terasa jauh, jadikan ia begitu dekat pada kali ini…dan banyak lagi amalan-amalan baik yang seringkali kita niatkan untuk melakukannya, tetapi akhirnya semangat berkobar-kobar itu hilang begitu sahaja.
InsyaALLAH, di pihak SatayDIY pula, Ramadhan ini di samping berpeluang mengubah diri, ia juga peluang untuk menambah pendapatan. Kami akan berniaga di Pasar Ramadhan yang telah bertahun-tahun kami sertai, dengan hasil yang Alhamdulillah tidak menghampakan. Mudah-mudahan Ramadhan pada kali ini juga begitu, atau lebih baik lagi. InsyaALLAH, kami akan mengemaskini perkembangan-perkembangan semasa kami, sepanjang bulan Ramadhan ini, dan bulan-bulan yang berikutnya. Menyentuh sedikit tentang perjalanan SatayDIY di masa hadapan, InsyaALLAH, sebuah syarikat akan ditubuhkan untuk melancarkan lagi perjalanan kami, dan buat menjadi pemangkin untuk kami terlibat dengan peluang-peluang yang besar, yang hanya boleh dinikmati oleh entiti yang berstatus syarikat. InsyaALLAH, pada post yang akan datang, saya akan memperincikannya sedikit. Nantikannya yaÂ
Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, Islam, Matlamat perniagaan, Ramadhan, Resepi Satay, Satay DIY, perniagaan
17
07
2009

Apa khabar para pembaca sekelian? Mudah-mudahan dalam perlindungan Allah
hendaknya. Saya Alhamdulillah, masih sihat dan ceria seperti biasa. Cuma, sedikit terbeban dengan kerja-kerja pejabat yang semakin membukit. Mengetuai satu jabatan tidaklah semudah semasa saya menjadi eksekutif dahulu. Kini saya perlu terlibat di dalam proses decision-making yang melibatkan perjalanan syarikat. Juga memerlukan sedikit elemen eksperimen apabila feasibility study tidak dapat dilakukan.
Agaknya, apa perasaan anda sekiranya mendapat permintaan satay sepertimana tajuk di atas? Teruja atau gusar? Untuk saya, ia adalah kombinasi di antara 2 perasaan tersebut. Mungkin komposisinya seimbang, 50% teruja, dan selebihnya gusar. Teruja memandangkan jumlah tersebut adalah besar jika hendak dibandingkan dengan setup yang kami ada sekarang. Gusar kerana takut-takut permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi. Apapun, pengalaman kami yang lepas-lepas, tekanan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malah ada ketikanya sentiasa dihambat tekanan demi tekanan, demi memenuhi tempahan-tempahan yang telah dibuat. Cuma pada kali ini, angka 100,00 ribu itu memang besar, dan bakal menjadi penanda aras baru, andai insyaALLAH rancangan tersebut menjadi.
Untuk angka sebesar itu, pihak SatayDIY masih di dalam peringkat perbincangan dengan pembeli. InsyaALLAH, saya akan update perkembangan-perkembangannya di blog ini dari semasa ke semasa. Ada pesanan yang anda ingin sampaikan? Ada boleh berbuat demikian di ruangan komen di bawah ini.
Doakan kami
Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, Matlamat perniagaan, Motivasi, Satay DIY, perniagaan
17
02
2009

Apa khabar? Mudah-mudahan para pembaa berada dalam keadaan sihat wal afiat. Kami di sini Alhamdulillah, baik adanya. Namun begitu, dari segi masa, kami benar-benar “diasak”
Apapun, kami masih mampu tersenyum memandangkan, asakan sedemikian rupa merupakan suatu tanda yang SatayDIY semakin mendapat permintaan, Alhamdulillah. Walaupun penat bekerja siang ke malam, malah adakalanya ke dinihari, kepuasannya tetap dirasai
syukur ke hadrat Illahi.
Buat masa ini, kami mendapat tempahan purata kira-kira 4,000 ke 5,000 cucuk satay seminggu, yang berbeza saiz atas permintaan pelanggan kami. Bagi menjaga kualitinya, salah satu pelanggan kami telah memperkenalkan kami kepada teknologi “vacuum packing”. Bukan itu sahaja, malah pelanggan kami meminjamkan “vacuum packer” mereka untuk kami bereksperimen. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik…dan kami sudah mula berfikir utuk berkolabrasi dengan pelanggan kami tersebut untuk mengeksport satay kami ini ke negara-negara luar.
InsyaALLAH, kami akan update lagi di masa yang lain, dan mungkin juga saya akan masukkan gambar-gambar untuk pandangan yang lebih jelas. Jumpa lagi
Comments : Comments Off
Categories : Aktiviti, Matlamat perniagaan, Motivasi, Peniaga, Resepi Satay, Satay DIY, perniagaan, rempah satay
Recent Comments