Kelahiran cahaya mata ketiga

9 02 2009

Asalamualikum

Pada 7 Februari 2009, bersamaan 11 Safar 1430Hijriah, jam 12.50 tengahari, Muhd Umar Abdul Aziz selamat dilahirkan ke dunia ini. Mudah-mudahan, Muhd Umar akan menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan, baik akhlaknya, kental semangatnya, dan luhur pula budinya. Hari kelahirannya, yang sama dengan tarih lahir umminya menjadikan detik tersebut lebih istimewa. Buat para puteriku, Fatimah Az-Zahrah dan Sumayyah, jaga ‘baby’ Umar baik-baik ya, dan jangan buli dia :)

muhd-umar.jpg



Sedikit Update di Pagi 19 Syawal/Oktober 1429H/2008

19 10 2008

Asalamualikum

Mudah-mudahan rakan-rakan yang diberkati berada dalam keadaan sihat wal afiat di samping keluarga ya :) Saya sekadar ingin berkongsi beberapa keping gambar yang sempat saya ambil pagi ini. Untuk makluman semua, boleh dikatakan sepanjang Syawal ini, ini adalah antara rutin harian kami pada setiap hari ;)



Tag: Virus

11 10 2007

Asalamualikum

Nampaknya saya telah di tag oleh En Soulof99. Hmm, macam mana dengan pengajian? Mudah-mudahan berjalan lancar sahaja hendaknya, InsyaALLAH :-) Ikuti jawapan saya di bawah:

Sejak bila anda mula berpuasa penuh?? 

InsyaALLAH, kalau tak salah sewaktu saya darjah 4, iaitu tahun 1991. Masa darjah 3 hampir-hampir penuh, tapi kantoi di jam-jam terakhir. Godaan air sejuk di dalam peti ais tak dapat saya nak tahan ;-)

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?

Alhamdulillah, bermula dari darjah 4, sampai sekarang tak pernah ponteng lagi.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?

Pernah :-) Dulu masa budak-budak dulu. Sekarang dah jadi ayah budak dah tak main dah. Dulu suka main mercun mancis sebab senang…gores dan menang ;-)

Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?

Ramadhan kali ini nampaknya jatuh kepada “encik” murtabak :-) Sebelum berkeluarga saya suka berbuka dengan satay. Sebab…saya tolong ayah jual satay kat pasar Ramadhan…senang :-)

Lagu raya manakah yang anda suka?

Lagu nasyid yang ramai-ramai nyanyi tu..ada Raihan, Nowseeheart, Ajai dan Rem.

Tahun ini anda beraya di mana?

InsyaALLAH, raya pertama dan kedua di Terengganu. Raya ketiga onwards di Klang

Pernahkah bertugas semasa hari raya?

Pernah, tapi raya ketigalah..taklah teruk sangat rasanya.

Apakah kenangan paling manis di hari raya?

Hmm, apa ye? Mungkin hari raya 2 tahun lepas, di mana saya beraya bersama dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami :-)

Saya tak berniat nak panjangkan virus tag ni memandangkan saya jawab pun dah lewat, dah nak raya dah pun ;-) Apapun, E’id Mubarak kepada semua. Mudah-mudahan, momentum Ramadhan yang bakal berlalu tidak lama lagi memberi natijah yang baik buat kita semua, InsyaALLAH



Ramadhan Kareem

12 09 2007

Asalamualikum

Mudah-mudahan masih ada yang setia mengikuti tulisan saya di blog yang hampir 80% bersawang ini. Asalnya, tangan ini masih dirasakan terlalu berat untuk menulis…tetapi apabila mengenangkan Ramadhan Al-Kareem yang bakal memunculkan diri buat kita mengambil bekal, saya gagahkan jua diri ini untuk membuang kemalasan itu jauh-jauh, dan sekiranya dapat (InsyaALLAH, saya berusaha sekuat mampu), kemalasan itu bakal dibuang buat selama-lamanya. Mudah-mudahan Allah (SWT) memberi kekuatan kepada kita semua.

Di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf dari rakan-rakan, teman-teman seperjuangan yang dimuliakan, atas apa juga kesalahan yang saya lakukan. InsyaALLAH, andai ada kesalahan kalian terhadap saya (Saya yakin tiada sekelumit pun), saya dah maafkan sejak dahulu lagi. Mudaha-mudahan kita sama-sama dapat meraup rahmat Allah (SWT), yang sebenarnya bonus buat kita. Bonus tahunan ini takkan habis dibelanja, sepertimana cepatnya bonus yang diberi oleh majikan masing-masing. Bonus ini bakal menjadi bekal ke akhirat, buat tambahan berat agar neraca timbangan lebih condong di sebelah kanannya. Semoga ia bermanfaat.

Selamat Datang Ramadhan yang ditunggu, bulan Allah (SWT).



Fuhh…lama betul berehat

9 08 2007

Asalamualikum

Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat belaka. Maafkan saya kerana biarkan blog ini lama “bersawang”. Saya sebenarnya masih aktif dengan perniagaan dan kerja, cuma kurang memberikan tumpuan terhadap kerja-kerja kemaskini blog ini. InsyaALLAH, dari masa ke semasa, saya cuba untuk memberikan komitmen yang sama rata terhadap semua blog-blog saya (blog-blog? macam banyak je? tak banyak…2 3 je ;-) )

Dalam pada kesibukan mengejar cita-cita dan kewajipan menjaga amanah masa yang diberikan majikan, kadang-kadang kita terlupa membezakan “kehendak” dan “kemahuan”. Kebanyakan masa dihabiskan untuk kemahuan, sedikit sekali untuk “kehendak”. Kehendak di sini termasuklah kehendak terhadap patuh dan taat pada perintah Allah (SWT) dan rasulNYA, kehendak untuk menjenguk orang tua di kampung, kehendak untuk mendapatkan bekal di akhirat, kehendak untuk memenuhi tuntutan sebagai ayah dan suami, dan pelbagai lagi kehendak-kehendak yang sememangnya penting dan lebih “wajib” didahulukan. Tak salah mengejar kemahuan, namun berpada-padalah dengan mengambil kira terlebih dahulu “calculated risk”nya sebelum membuat keputusan.

InsyaALLAH, setakat  ini dahulu daripada saya memandangkan kehendak daripada majikan saya perlu dipenuhi sebagai memenuhi tanggungjawab masa yang diamanahkan. Mudah-mudahan kita mampu menjadi insan yang lebih baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari semalam.

Peringatan buat diriku jua ;-)  






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo