Gambar-gambar di sekitar Pasar Ramadhan – 22 Ogos 2009

23 08 2009

Asalamualikum

Kali ini saya sekadar nak berkongsi gambar-gambar yang sempat saya ambil petang tadi. Maaf gambar tak berapa cantik :) Saya baru-baru belajar dengan kamera prosumer yang baru saya beli 2nd hand semalam.

Untuk hari pertama, kehadiran pengunjung tidaklah begitu ramai. Saya menjangkakan, faktor hari Sabtu, ditambah pula dengan cuti sekolah yang telah bermula, menyebabkan tidak begitu ramai mengunjungi Pasar Ramadhan  untuk mencari juadah berbuka puasa. Sekiranya jangkaan ini tepat, saya menjangkakan pada hari Isnin nanti, kehadiran akan menjadi lebih baik.



Ramadhan Kareem

22 08 2009

Asalamualikum

Kepada para pembaca & pemerhati blog ini, saya mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua. Mudah-mudahan dengan Ramadhan pada kali ini, menjadi titik tolak kepada permulaan yang baru dalam hidup kita. Permulaan yang baik, dari yang kurang baik sebelumnya. Jika sebelum ini kita merasa berat untuk melakukan ibadah-ibadah sunat, jadikan ia “ringan” pada kali Ramadhan ini, dan mudah-mudahan pula ia berpanjangan ke bulan-bulan yang lain pula. Jika sebelum ini masjid-masjid dan surau-surau terasa jauh, jadikan ia begitu dekat pada kali ini…dan banyak lagi amalan-amalan baik yang seringkali kita niatkan untuk melakukannya, tetapi akhirnya semangat berkobar-kobar itu hilang begitu sahaja.

InsyaALLAH, di pihak SatayDIY pula, Ramadhan ini di samping berpeluang mengubah diri, ia juga peluang untuk menambah pendapatan. Kami akan berniaga di Pasar Ramadhan yang telah bertahun-tahun kami sertai, dengan hasil yang Alhamdulillah tidak menghampakan. Mudah-mudahan Ramadhan pada kali ini juga begitu, atau lebih baik lagi. InsyaALLAH, kami akan mengemaskini perkembangan-perkembangan semasa kami, sepanjang bulan Ramadhan ini, dan bulan-bulan yang berikutnya. Menyentuh sedikit tentang perjalanan SatayDIY di masa hadapan, InsyaALLAH, sebuah syarikat akan ditubuhkan untuk melancarkan lagi perjalanan kami, dan buat menjadi pemangkin untuk kami terlibat dengan peluang-peluang yang besar, yang hanya boleh dinikmati oleh entiti yang berstatus syarikat. InsyaALLAH, pada post yang akan datang, saya akan memperincikannya sedikit. Nantikannya ya  :)



Tag: Virus

11 10 2007

Asalamualikum

Nampaknya saya telah di tag oleh En Soulof99. Hmm, macam mana dengan pengajian? Mudah-mudahan berjalan lancar sahaja hendaknya, InsyaALLAH :-) Ikuti jawapan saya di bawah:

Sejak bila anda mula berpuasa penuh?? 

InsyaALLAH, kalau tak salah sewaktu saya darjah 4, iaitu tahun 1991. Masa darjah 3 hampir-hampir penuh, tapi kantoi di jam-jam terakhir. Godaan air sejuk di dalam peti ais tak dapat saya nak tahan ;-)

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?

Alhamdulillah, bermula dari darjah 4, sampai sekarang tak pernah ponteng lagi.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?

Pernah :-) Dulu masa budak-budak dulu. Sekarang dah jadi ayah budak dah tak main dah. Dulu suka main mercun mancis sebab senang…gores dan menang ;-)

Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?

Ramadhan kali ini nampaknya jatuh kepada “encik” murtabak :-) Sebelum berkeluarga saya suka berbuka dengan satay. Sebab…saya tolong ayah jual satay kat pasar Ramadhan…senang :-)

Lagu raya manakah yang anda suka?

Lagu nasyid yang ramai-ramai nyanyi tu..ada Raihan, Nowseeheart, Ajai dan Rem.

Tahun ini anda beraya di mana?

InsyaALLAH, raya pertama dan kedua di Terengganu. Raya ketiga onwards di Klang

Pernahkah bertugas semasa hari raya?

Pernah, tapi raya ketigalah..taklah teruk sangat rasanya.

Apakah kenangan paling manis di hari raya?

Hmm, apa ye? Mungkin hari raya 2 tahun lepas, di mana saya beraya bersama dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami :-)

Saya tak berniat nak panjangkan virus tag ni memandangkan saya jawab pun dah lewat, dah nak raya dah pun ;-) Apapun, E’id Mubarak kepada semua. Mudah-mudahan, momentum Ramadhan yang bakal berlalu tidak lama lagi memberi natijah yang baik buat kita semua, InsyaALLAH



Ramadhan Kareem

12 09 2007

Asalamualikum

Mudah-mudahan masih ada yang setia mengikuti tulisan saya di blog yang hampir 80% bersawang ini. Asalnya, tangan ini masih dirasakan terlalu berat untuk menulis…tetapi apabila mengenangkan Ramadhan Al-Kareem yang bakal memunculkan diri buat kita mengambil bekal, saya gagahkan jua diri ini untuk membuang kemalasan itu jauh-jauh, dan sekiranya dapat (InsyaALLAH, saya berusaha sekuat mampu), kemalasan itu bakal dibuang buat selama-lamanya. Mudah-mudahan Allah (SWT) memberi kekuatan kepada kita semua.

Di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf dari rakan-rakan, teman-teman seperjuangan yang dimuliakan, atas apa juga kesalahan yang saya lakukan. InsyaALLAH, andai ada kesalahan kalian terhadap saya (Saya yakin tiada sekelumit pun), saya dah maafkan sejak dahulu lagi. Mudaha-mudahan kita sama-sama dapat meraup rahmat Allah (SWT), yang sebenarnya bonus buat kita. Bonus tahunan ini takkan habis dibelanja, sepertimana cepatnya bonus yang diberi oleh majikan masing-masing. Bonus ini bakal menjadi bekal ke akhirat, buat tambahan berat agar neraca timbangan lebih condong di sebelah kanannya. Semoga ia bermanfaat.

Selamat Datang Ramadhan yang ditunggu, bulan Allah (SWT).






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo