26
01
2010

Saya ingin berkongsi aktiviti kami pada 23 Januari 2010 yang lalu. Bertempat di Kota Kemuning, Shah Alam, syarikat Inox Engineering telah menjemput kami melalui Puan Lina untuk membakar satay di tempat beliau. Berikut saya paparkan gambar-gambar berkenaan untuk tatapan para pembaca.

Syarikat Inox Engineering

Kelihatan para staff Inox mulai hadir

Special ni, kambing panggang pun ada

Aktiviti pembakaran bermula
Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, Matlamat perniagaan, Peniaga, Resepi Satay, Satay DIY, perniagaan, rempah satay
28
11
2009

E’idil Adha untuk semua. Mudah-mudahan di hari yang diraikan ini, kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, kisah-kisah pengorbanan Rasulullah SAW di dalam usaha Baginda menyebarluaskan ajaran Islam, dan kisah-kisah pengorbanan insan-insan yang berada di sekeliling kita dan menginsafkan kita, seterusnya membawa kepada ketundukan dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada Allah
. Kepada yang mampu, berkorbanlah.
Bersempena dengan hari yang barakah ini, kami ingin mengambil kesempatan utuk mengucapkan Salam E’idil Adha kepada semua umat Islam. Kepada semua pelanggan kami, diharapkan anda tidak jemu-jemu makan satay kami
InsyaALLAH di pihak kami pula, kami akan sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Untuk tatapan, saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa penyediakan satay pelanggan, dan juga juadah untuk kami sendiri.

Inilah packaging yang kami gunakan untuk penghantaran

Tak banyak mana juadah kami, adalah sikit
Comments : No Comments »
Categories : Berkorban, E'dil Adha, Motivasi, Resepi Satay, perniagaan, rempah satay
22
11
2009

Apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan berada dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya. Pada kali ini saya hendak berkongsi tentang beberapa perubahan yang di alami oleh website kami, dan juga blog ini sendiri. Sebenarnya, perubahan ini dah berumur hampir sebulan setengah. Agak lama juga untuk saya menguar-uarkannya di sini memandangkan terdapat beberapa siri perubahan-perubahan kecil yang turut saya sertakan. Apapun, saya kira, perubahan terbesar ialah dengan tertubuhnya syarikat kami sendiri, iaitu Walikard Sdn. Bhd., yang selamat “di lahirkan” pada 16 September 2009 yang lalu, beberapa hari sebelum E’idil Fitri. Dari tertubuhnya syarikat ini, kami berharap agar perjalanan aktiviti SatayDIY.com akan lebih lancar.
Di harapkan agar rakan-rakan sudi melayari website yang diberi wajah baru di sini. Komen dialu-alukan

Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, Matlamat perniagaan, Motivasi, Resepi Satay, Satay DIY, rempah satay
8
06
2009

Apa khabar para pembaca sekelian? Mudah-mudahan sentiasa sihat wal afiat di dalam perlindungan Rabbul A’lamin. Kami di SatayDIY.com Alhamdulillah, semuanya masih sihat wal afiat untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini sebagai hambaNYA. Mudah-mudahan kita sentiasa diberi panduan and petunjuk olehNYA. Pada kali ini, saya sekadar hendak berkongsi dengan para pembaca kami tentang produk yang sebenarnya telah lama kami hasilkan, tetapi tidak diuar-uarkan secara online. Produk yang kami maksudkan ialah Satay Mentah Frozen kami.
Produk ini kami hasilkan atas permintaan para reseller kami di mana mereka mementingkan kaedah penyimpanan yang efektif. Satay-satay yang siap dihasilkan akan di pek secara “vacuum packing” untuk menjamin ketahanannya. Rasanya juga lebih sedap, memandangkan cara pembungkusan yang sedemikian menyebabkan proses “marinade” atau pemerapan berlaku dengan lebih lama. In juga tampak lebih menarik, dan paling penting, lebih mudah untuk para “end user” kami mengendalikannya. Produk ini merupakan satu daripada produk terbaik kami sepanjang menjadi peniaga satay sejak sekian lama.
Harga? Ya, kami tidak menaikkan harga kami walaupun kaedah pembungkusan moden telah dilaksanakan. Untuk satay mentah tersebut, harganya ialah RM0.40 untuk setiap cucuk, dan harga tersebut adalah lebih murah untuk para peniaga dan pembeli yang membeli pada skala besar. Untuk setiap 100 cucuk, 1kg kuah SatayDIY yang istimewa akan dibekalkan, juga dalam bentuk “frozen”.
Anda berminat? Sila hubungi kami pada bila-bila masa di talian 019-3680495 (Razak Hussin) atau 019-3799160 (Azrul Razak). Tempahan untuk Hari Raya juga dibuka mulai sekarang.
Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, E'dil Fitri, Matlamat perniagaan, Peniaga, Resepi Satay, Satay DIY, rempah satay
17
02
2009

Apa khabar? Mudah-mudahan para pembaa berada dalam keadaan sihat wal afiat. Kami di sini Alhamdulillah, baik adanya. Namun begitu, dari segi masa, kami benar-benar “diasak”
Apapun, kami masih mampu tersenyum memandangkan, asakan sedemikian rupa merupakan suatu tanda yang SatayDIY semakin mendapat permintaan, Alhamdulillah. Walaupun penat bekerja siang ke malam, malah adakalanya ke dinihari, kepuasannya tetap dirasai
syukur ke hadrat Illahi.
Buat masa ini, kami mendapat tempahan purata kira-kira 4,000 ke 5,000 cucuk satay seminggu, yang berbeza saiz atas permintaan pelanggan kami. Bagi menjaga kualitinya, salah satu pelanggan kami telah memperkenalkan kami kepada teknologi “vacuum packing”. Bukan itu sahaja, malah pelanggan kami meminjamkan “vacuum packer” mereka untuk kami bereksperimen. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik…dan kami sudah mula berfikir utuk berkolabrasi dengan pelanggan kami tersebut untuk mengeksport satay kami ini ke negara-negara luar.
InsyaALLAH, kami akan update lagi di masa yang lain, dan mungkin juga saya akan masukkan gambar-gambar untuk pandangan yang lebih jelas. Jumpa lagi
Comments : Comments Off
Categories : Aktiviti, Matlamat perniagaan, Motivasi, Peniaga, Resepi Satay, Satay DIY, perniagaan, rempah satay
Recent Comments