Gambar-gambar Terbaru Di Sekitar Cafe SatayDIY

23 05 2010

Asalamualikum

Sekadar quick sharing dari kami :) Berikut adalah gambar-gambar terbaru kedai kami yang bertempat di Rantau panjang, Klang. Bagi sesiapa yang ingin ke sini, kedai kami adalah berdekatan dengan Carrefour Klang. InsyaALLAH, kami boleh guide dari sana sehingga sampai ke kedai kami.

Dari luar kedai

Dalaman kedai

Kerusi taman di bahagian luar

Selamat berkunjung ke kedai kami ya :)



Aktiviti Membakar Satay Pada 23 Januari 2010

26 01 2010

Asalamualikum

Saya ingin berkongsi aktiviti kami pada 23 Januari 2010 yang lalu. Bertempat di Kota Kemuning, Shah Alam, syarikat Inox Engineering telah menjemput kami melalui Puan Lina untuk membakar satay di tempat beliau. Berikut saya paparkan gambar-gambar berkenaan untuk tatapan para pembaca.

Inox Engineering

Syarikat Inox Engineering

In the Tent, Red Tent

Kelihatan para staff Inox mulai hadir

Kambing Panggang pun ada

Special ni, kambing panggang pun ada :)

Satay Satay

Aktiviti pembakaran bermula



Selamat Menyambut E’idil Adha 1430H

28 11 2009

Asalamualikum

E’idil Adha untuk semua. Mudah-mudahan di hari yang diraikan ini, kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, kisah-kisah pengorbanan Rasulullah SAW di dalam usaha Baginda menyebarluaskan ajaran Islam, dan kisah-kisah pengorbanan insan-insan yang berada di sekeliling kita dan menginsafkan kita, seterusnya membawa kepada ketundukan dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada Allah (SWT). Kepada yang mampu, berkorbanlah.

Bersempena dengan hari yang barakah ini, kami ingin mengambil kesempatan utuk mengucapkan Salam E’idil Adha kepada semua umat Islam. Kepada semua pelanggan kami, diharapkan anda tidak jemu-jemu makan satay kami :) InsyaALLAH di pihak kami pula, kami akan sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Untuk tatapan, saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa penyediakan satay pelanggan, dan juga juadah untuk kami sendiri.

Satay For Puan Ruslina

Inilah packaging yang kami gunakan untuk penghantaran

Hidangan di pagi Raya

Tak banyak mana juadah kami, adalah sikit :D



Perubahan Terkini SatayDIY.com

22 11 2009

Asalamualikum

Apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan berada dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya. Pada kali ini saya hendak berkongsi tentang beberapa perubahan yang di alami oleh website kami, dan juga blog ini sendiri. Sebenarnya, perubahan ini dah berumur hampir sebulan setengah. Agak lama juga untuk saya menguar-uarkannya di sini memandangkan terdapat beberapa siri perubahan-perubahan kecil yang turut saya sertakan. Apapun, saya kira, perubahan terbesar ialah dengan tertubuhnya syarikat kami sendiri, iaitu Walikard Sdn. Bhd., yang selamat “di lahirkan” pada 16 September 2009 yang lalu, beberapa hari sebelum E’idil Fitri. Dari tertubuhnya syarikat ini, kami berharap agar perjalanan aktiviti SatayDIY.com akan lebih lancar.

Di harapkan agar rakan-rakan sudi melayari website yang diberi wajah baru di sini. Komen dialu-alukan :)

Satay Ayam



Gambar-gambar di sekitar Rumah Terbuka Ei’dil Fitri Dato’ Rahman Palil-ADUN Sementa

28 09 2009

Asalamualikum

Sekadar perkongsian yang cepat. Sila lihat gambar-gambar yang dilampirkan ya :)

Bertempat di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Batu 4, Jalan Kapar, Klang

Memang ramai yang datang :)

Mata masing-masing tertumpu ke arah satay-satay yang bakal diagihkan

Full dapur tu

Bila nak sampai turn kami ni? Tak dapat pinggan, cawan pun jadilah :D






Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo