22
08
2009

Kepada para pembaca & pemerhati blog ini, saya mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua. Mudah-mudahan dengan Ramadhan pada kali ini, menjadi titik tolak kepada permulaan yang baru dalam hidup kita. Permulaan yang baik, dari yang kurang baik sebelumnya. Jika sebelum ini kita merasa berat untuk melakukan ibadah-ibadah sunat, jadikan ia “ringan” pada kali Ramadhan ini, dan mudah-mudahan pula ia berpanjangan ke bulan-bulan yang lain pula. Jika sebelum ini masjid-masjid dan surau-surau terasa jauh, jadikan ia begitu dekat pada kali ini…dan banyak lagi amalan-amalan baik yang seringkali kita niatkan untuk melakukannya, tetapi akhirnya semangat berkobar-kobar itu hilang begitu sahaja.
InsyaALLAH, di pihak SatayDIY pula, Ramadhan ini di samping berpeluang mengubah diri, ia juga peluang untuk menambah pendapatan. Kami akan berniaga di Pasar Ramadhan yang telah bertahun-tahun kami sertai, dengan hasil yang Alhamdulillah tidak menghampakan. Mudah-mudahan Ramadhan pada kali ini juga begitu, atau lebih baik lagi. InsyaALLAH, kami akan mengemaskini perkembangan-perkembangan semasa kami, sepanjang bulan Ramadhan ini, dan bulan-bulan yang berikutnya. Menyentuh sedikit tentang perjalanan SatayDIY di masa hadapan, InsyaALLAH, sebuah syarikat akan ditubuhkan untuk melancarkan lagi perjalanan kami, dan buat menjadi pemangkin untuk kami terlibat dengan peluang-peluang yang besar, yang hanya boleh dinikmati oleh entiti yang berstatus syarikat. InsyaALLAH, pada post yang akan datang, saya akan memperincikannya sedikit. Nantikannya yaÂ
Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, Islam, Matlamat perniagaan, Ramadhan, Resepi Satay, Satay DIY, perniagaan
8
06
2009

Apa khabar para pembaca sekelian? Mudah-mudahan sentiasa sihat wal afiat di dalam perlindungan Rabbul A’lamin. Kami di SatayDIY.com Alhamdulillah, semuanya masih sihat wal afiat untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini sebagai hambaNYA. Mudah-mudahan kita sentiasa diberi panduan and petunjuk olehNYA. Pada kali ini, saya sekadar hendak berkongsi dengan para pembaca kami tentang produk yang sebenarnya telah lama kami hasilkan, tetapi tidak diuar-uarkan secara online. Produk yang kami maksudkan ialah Satay Mentah Frozen kami.
Produk ini kami hasilkan atas permintaan para reseller kami di mana mereka mementingkan kaedah penyimpanan yang efektif. Satay-satay yang siap dihasilkan akan di pek secara “vacuum packing” untuk menjamin ketahanannya. Rasanya juga lebih sedap, memandangkan cara pembungkusan yang sedemikian menyebabkan proses “marinade” atau pemerapan berlaku dengan lebih lama. In juga tampak lebih menarik, dan paling penting, lebih mudah untuk para “end user” kami mengendalikannya. Produk ini merupakan satu daripada produk terbaik kami sepanjang menjadi peniaga satay sejak sekian lama.
Harga? Ya, kami tidak menaikkan harga kami walaupun kaedah pembungkusan moden telah dilaksanakan. Untuk satay mentah tersebut, harganya ialah RM0.40 untuk setiap cucuk, dan harga tersebut adalah lebih murah untuk para peniaga dan pembeli yang membeli pada skala besar. Untuk setiap 100 cucuk, 1kg kuah SatayDIY yang istimewa akan dibekalkan, juga dalam bentuk “frozen”.
Anda berminat? Sila hubungi kami pada bila-bila masa di talian 019-3680495 (Razak Hussin) atau 019-3799160 (Azrul Razak). Tempahan untuk Hari Raya juga dibuka mulai sekarang.
Comments : No Comments »
Categories : Aktiviti, E'dil Fitri, Matlamat perniagaan, Peniaga, Resepi Satay, Satay DIY, rempah satay
17
02
2009

Apa khabar? Mudah-mudahan para pembaa berada dalam keadaan sihat wal afiat. Kami di sini Alhamdulillah, baik adanya. Namun begitu, dari segi masa, kami benar-benar “diasak”
Apapun, kami masih mampu tersenyum memandangkan, asakan sedemikian rupa merupakan suatu tanda yang SatayDIY semakin mendapat permintaan, Alhamdulillah. Walaupun penat bekerja siang ke malam, malah adakalanya ke dinihari, kepuasannya tetap dirasai
syukur ke hadrat Illahi.
Buat masa ini, kami mendapat tempahan purata kira-kira 4,000 ke 5,000 cucuk satay seminggu, yang berbeza saiz atas permintaan pelanggan kami. Bagi menjaga kualitinya, salah satu pelanggan kami telah memperkenalkan kami kepada teknologi “vacuum packing”. Bukan itu sahaja, malah pelanggan kami meminjamkan “vacuum packer” mereka untuk kami bereksperimen. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik…dan kami sudah mula berfikir utuk berkolabrasi dengan pelanggan kami tersebut untuk mengeksport satay kami ini ke negara-negara luar.
InsyaALLAH, kami akan update lagi di masa yang lain, dan mungkin juga saya akan masukkan gambar-gambar untuk pandangan yang lebih jelas. Jumpa lagi
Comments : Comments Off
Categories : Aktiviti, Matlamat perniagaan, Motivasi, Peniaga, Resepi Satay, Satay DIY, perniagaan, rempah satay
3
01
2009

Apa khabar semua? Mudah-mudahan bertambah iman dan bertambah kesihatan. Kami di sini sihat wal afiat, dan tetap meneruskan kehidupan yang serba mencabar in seperti biasa. Untuk pengetahuan para pembaca, kami kini mempunyai beberapa lagi outlet yang beroperasi secara kedai dan gerai. InsyaALLAH, di post yang akan datang, saya akan mengemaskinikan semuanya. Nantikannya ya
Comments : Comments Off
Categories : Aktiviti, Resepi Satay, Satay DIY, perniagaan
8
10
2008

Saya mencuri sedikit masa dari kesibukan kerja untuk menulis blog ini
Apapun, saya cuma nak update tempahan-tempahan yang telah kami terima di musim perayaan ini.
1) Rumah Terbuka Dato’ Sanad di Batu Belah, Klang, 11 Syawal 1429 – Batu Belah, Klang – 7,000 cucuk satay
2) Kak Norhayati – kawan lama di talian
– Bandar Baru Bangi, 12 Syawal 1429 – 1,000 cucuk satay (mentah)
3) Rumah Terbuka Dato’ Rahman Palil, Klang, 13 Syawal 1429 (malam) – 5,000 cucuk satay
Setakat ini dahulu. InsyaALLAH, saya akan update lagi dari masa ke semasa. Sebenarnya banyak lagi tempahan yang diterima. Namun kebanyakannya masih belum dapat confirm jumlah satay yang dikehendaki. InsyaALLAH, nantikan update seterusnya ya
Comments : Comments Off
Categories : E'dil Fitri, Resepi Satay, Satay DIY, perniagaan, rempah satay
Recent Comments