Alhamdulillah, SatayDIY.com sudah pulih :-)
17 11 2006
Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya semua sihat-sihatlah hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat wal afiat adanya. Mudah-mudahan dengan kesihatan ini, kita bertambah semangat untuk menambah kebajikan dan amal ibadah kepadaNYA, InsyaALLAH.
Alhamdulillah, SatayDIY.com dah pulih
Legalah sikit saya rasa…sebelum ni tak senang duduk juga. Maklumlah, inilah hasil usaha saya dalam nak memperkenalkan satay dalam arena Internet ni. Syukur kepada Allah
. Bolehlah saya dengan senang hatinya menumpukan perhatian kepada projek kedua saya
Apa ye?
Projek kedua ?
Hmm, mungkin pengumuman ini agak awal. Cuma, saya tak dapat nak simpan lama-lama
Buat masa ni, apa yang saya boleh beritahu ialah, ia tetap berkenaan dengan satay
Macam mana? Boleh tangkap tak maksud saya? Fikir-fikirkanlah ye…bagi mereka yang bercadang-cadang nak buka perniagaan satay sendiri, InsyaALLAH, saya yakin yang projek kedua saya ni dapat membantu, bukan hanya dari segi maklumat, malah dari segi pembangunan perniagaan. I would say, ia lebih kepada konsep franchise
Hmm, terdedah lagi rahsia saya
Bagi kawan-kawan yang mahukan maklumat yang lebih lanjut, silalah email saya di walikard[at]gmail.com (sila tukar [at] kepada @). InsyaALLAH, saya akan berikan penerangan serba-sedikit tentang apa yang bakal saya buat ni. Oklah, setakat ni dulu dari saya. Mudah-mudahan, kehidupan kita akan sentiasa dipenuhi keberkatan dan kegembiraan
Jumpa lagi



































wah, tahniah dan bagus!
kena ada modal ke tak ya? brapa tue
saya tanya jer ..hehe
oh ya, mungkin walikard leh install plugin yang saya baru post ari ni. subscribe to comment kat blog saya.
Rajablog: Terima kasih
Plug in tu yang spam karma ye? Opps, dah check kat Rajablog tadi, dah tau plug-in mana
Memang menarik..InsyaALLAH, akan diinstall
Tentang projek kedua tu, memang nak kena ada modal sikitlah…tak prlu terlalu besar, hatta kepada yang just nak bukak stall biasa pun boleh, takde masalah
Saya sendiri pun bukanlah ada kedai yang besar, dalam planning InsyaALLAH, dan jika boleh nak melibatkan semua peserta dalam projek franchise tu
Alhamdulillah..dah ada projek baru..tak sabar nak tunggu
InsyaALLAH, yang ditunggu tetap akan tiba
Mudah-mudahan Allah
SWT mudahkan kerja-kerja saya
assalamu alaikum. waa biz sudah maju. tahniah tahniah. keep it up.