Kelahiran Cahaya Mata Kedua

24 11 2006

Asalamualikum

Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga semua dalam keadaan sihat wal afiat . Saya Alhamdulillah sihat-sihat juga adanya, dan sedikit lega kerana isteri saya telah selamat melahirkan anak yang kedua semalam, jam 2.15. Alhamdulillah, kami dianugerahi Puteri lagi. Cuma, anak ada masalah sikit sebab nafasnya laju sedikit daripada biasa. Jadi, dia terpaksa ditahan di wad buat sementara waktu, sehingga pernafasannya kembali normal.

Saya berada di sisi isteri ketika proses kelahiran sebagaimana anak pertama kami, dan ingatan itulah yang banyak memberi iktibar kepada saya, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri dan ibu. Rugilah mereka yang mensia-siakan kasih isteri dan ibu mereka, kerana sesungguhnya, pengorbanan mereka memang tak terbalas oleh kita…sangat besar dan berat, selayaknya dijulang sebagai wanita mulia.

Harap kawan-kawan semua dapat mendokan agar semuanya selamat. InsyaALLAH, saya akan memaklumkan perkembangannya di sini nanti. Jumpa lagi

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

10 responses to “Kelahiran Cahaya Mata Kedua”

24 11 2006
Maizul (15:10:35) :

Tahniah dapat baby baru lagi. Semoga bertambah rezeki….

24 11 2006
aripull (16:33:06) :

tahniah wak… fatimah az-zahra dah…sumayyah la pulak ye… kalau aku ada rezeki lebih nak la jugak pi melawat mokdah & baby kat ganu.. tp apakan daya… tp takpe wak, bulan depan bawak semua family hg pi kedah tau… Kedah pantang kalah!

25 11 2006
linn_comel (08:38:07) :

Tahniah..kerana mendapat puteri baru..
Ha..dah tahu pengorbanan isteri terlalu besar, sanggup menggadai nyawa untuk memberikan zuriat.. Jadi jadi janganlah mensia-siakn pengorbanan seorang isteri. Apa pun tahniah

25 11 2006
walikard (10:20:44) :

Maizul: InsyaALLAH, amin…semoga rezeki saudara juga bertambah hendaknya :-)

Aripull: InsyaALLAH, kalau takde aral, sampailah aku ke Ipoh nanti…tapi, Fatimah az-zahrah dengan Sumayyah mungkin tak dapat ikut…diorang teman ummi dia ;-)

linn: Terima kasih…InsyaALLAH, pengorbanan isteri saya takkan disia-siakan, dan saya sering mengingatkan diri sendiri supaya sedar akan tanggungjawab ini….paling penting, saya cuba mengikut jejak ustaz Hasrul di saifulislam.com, iaitu, suami berumah tangga untuk memberi, bukannya menerima….(ertinya, suamilah yang perlu lebih berkorban, bukan mengharap pengorbanan isteri semata-mata)

25 11 2006
soulof99 (14:15:46) :

Wah… tahniah bro. Semoga rezki bertambah murah… ;)

26 11 2006
surfaddict (11:44:10) :

tahniah bro…hehehehe..puteri…insya-Allah (SWT) bakal mewarnakan lagi kehidupan bro..

28 11 2006
sAf-OnE (21:29:20) :

Tahniah Walikard!!!

29 11 2006
emio (16:33:16) :

wahh. TAHNIAH! belated.. semoga terus sukses buat susu anak.. hua hua hua..

5 12 2006
syafa (11:01:33) :

tahniah diatas kelahiran bayi yg kedua…semoga baby yg comel sentiasa sihat selalu

5 12 2006
Nurul (11:09:55) :

Tahniah diatas kelahiran anak kedua perempuan lagi ….. tak pa….. bila besar boleh tolong umi di dapur dan kemas rumah ….. lepas ne cuba lagi dapatkan anak lelaki ……

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo