Pengalaman Order Pertama Kami
27 07 2006Sebagaimana yang telah dijanjikan dalam post yang lepas, saya akan bercerita mengenai tempahan pertama kami yang diterima menerusi www.sataydiy.com. Sebenarnya agak kelam-kabut juga kami dibuatnya. Mana taknya, lebih kurang 6,900 cucuk satay yang perlu disiapkan dalam masa 2 hari sahaja! Alhamdulillah, kami berjaya juga menyiapkannya. Apa yang menarik, fokus kami di sataydiy.com adalah produk SATAY D.I.Y. Namun begitu, dah nak menjadi rezeki kami, satay yang menjadi pilihan utama
Penat tu jangan ceritalah, memang penat
Namun adatlah berniaga barang fizikal macam kami ni, lebih-lebih lagi satay yang memang agak rumit nak membuatnya. Takpe, yang penting kepuasan membuatnya, dan terlebih penting, anda berpuashati dengan hasil kerja kami
Namun begitu, ada kelemahan kami yang terpapar dalam memenuhi tempahan kami yang pertama ni. Kami tiba agak lewat di tempat yang dijanjikan. Hmm, sejam jugaklah…yelah, tenaga kerja kami yang kurang telah membataskan pergerakan kami…6,900 cucuk satay bukanlah order yang sedikit untuk disiapkan dalam masa 2 hari. Tetapi insyaALLAH, perkara ini hanya akan menjadi sejarah dan kami berusaha gigih ke arahnya. Dari semasa ke semasa, kami akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan, agar lebih cemerlang



































Tahniah!
Besar ertinya 1st order ni.
Bila kita dah dapat 1st order, secara automatik keyakinan tu melimpah ruah. Kalau order pertama boleh dapat, sudah tentu yang kedua dan seterusnya akan menyusul. Tak gitu?
Teruskan Berjaya!
Terima kasih Sabri
Buku anda dan Syazwan mendorong saya ke arah ini.
InsyaALLAH, kami akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Semoga sokongan rakan-rakan dan sifu-sifu besar akan berterusan
[...] 1) Client on-line pertama kami ialah Universiti Lim Kok Wing. Mereka menempah hampir 7,000 cucuk satay Kelam-kabut jugalah dibuatnya…yelah, tiba-tiba je order masuk. Alhamdulillah, segalanya ditempuh dengan tabah. Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini. [...]