Saya kini berHIJRAH

7 10 2006

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Mudah-mudahan, kawan-kawan semua sihat-sihat belaka hendaknya. Bagaimana pula dengan hari-hari puasa yang telah berlalu? Mudah-mudahan, puasa kita diterimaNYA, malah dapat ditingkatkan pula kualitinya. Amin.

Sebenarnya, dah beberapa hari saya tak dapat nak updatekan blog ni memandangkan saya dalam kesibukan, ye, kesibukan untuk berHIJRAH :-( :-) Saya telah mendapat tawaran untuk bekerja di Terengganu, di mana saya dapat kembali bersama-sama dengan isteri, anak, dan bakal anak (kandungan isteri saya dah masuk bulan ketujuh, doakan mereka ye ;-) ) atas sebab tulah muncul smiley kat atas tu…namun, dalam masa yang sama saya bersedih sebab terpaksa berpisah semula dengan ibu bapa saya di sini, kat Klang ni…apapun, sudah menjadi amalan saya, setiap bulan pasti saya akan balik menjenguk kedua ibu bapa dan adik saya, walau sesibuk mana pun saya pada bulan tu…kalau tak balik, rasa tak lengkap sangat-sangat.

Tentang aktiviti perniagaan kami, kawan-kawan janganlah bimbang ye, ia tetap berjalan seperti biasa. Internet tetap “on” manakala perniagaan offline juga macam biasa…maklumlah, bos besar ada kat Klang ni (mak ayah saya lah tu ;-) ) Kepada yang dah subscribe newsletter saya dan dapat kupon potongan 20% tu, ia tetap valid sampai bila-bila selagi ia tak digunakan. Jangan buang ye ;-)

Oklah, dah tiba masa untuk saya berangkat. Target nak sampai Terengganu sebelum berbuka…apapun, InsyaALLAH, keselamatan di jalanraya tetap saya utamakan. InsyaALLAH, saya akan mengupdate dengan lebih kerap blog ni lepas dah stabil sikit :-)

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

9 responses to “Saya kini berHIJRAH”

7 10 2006
ramzwatcher (11:48:38) :

oh, kat mana nak dapat kupon 20% diskaun tu ya? saya nak beli lah rasanya tapi nak yang ada kupon tu.

Ada ‘manual’ kan guna macam mana dyi sate nie kan.. ;p

7 10 2006
sAf-OnE (17:22:48) :

Tahniah sbb dpt tempat kerja baru..

7 10 2006
Potong Stim « Blog En. Aku (17:38:37) :

[...] Azrul Pindah, bisnes cemana? [...]

7 10 2006
walikard (19:47:02) :

ramzwather: yang kupon tu kena daftar kat newsletter saya kat sataydiy.com tu…dia tersorok kat situ :-) tang manual tu ada, saya ada letakkan kat section “Download” kat blog ni ;-)

sAf-OnE: Terima kasih :-)

8 10 2006
Labanon (20:31:34) :

Wah.. hijrah membawa lebih rezeki biasanya ;) tahniah ekk dah nak dapat anak.. ke berapa? :D

9 10 2006
walikard (12:07:39) :

labanon: anak kedua…yang pertama anak perempuan :-)

9 10 2006
linn_comel (13:52:32) :

Walikard, ada masa kita boleh jumpa kut kat Terengganu, raya nanti kat mana? Jemput datang rumah..

9 10 2006
walikard (15:05:06) :

InsyaALLAH, raya kedua saya ada kat trgnu…tapi raya ketiga dah keje…xpe, sabtu ahad boleh lagi :-)

9 10 2006
Fuad (15:56:12) :

Tahniah2.. Dapat kerja baru.. bakal cahaya mata baru.. semoga semua berjalan lancar hendaknya.. :-)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>




Images is enhanced with WordPress Lightbox 2 by Zeo