Produk

Berikut kami paparkan produk-produk kami yang terdapat di pasaran buat masa ini.
1) SatayDIY Frozen
 
SatayDIY Frozen ini terdiri daripada Satay Ayam/Daging yang telah disejukkan mengikut takat beku, dan tahan sehingga lebih dari 3 bulan sekiranya di simpan di dalam “freezer”. Bagi mereka-mereka yang ingin membawa pulang ke kampung yang menempuh perjalanan yang agak lama, satay ini tahan sehingga lebih 10 jam tanpa “freezer”. Di dalam endurance test yang telah saya buat, satay-satay frozen telah di bawa ke Terengganu, dan satay-satay tersebut dibiarkan melebihi 12 jam. Di saat satay-satay itu dihantar kepada pembeli, ia masih berkeadaan sejuk.
SatayDIY Frozen ini dipek menggunakan teknologi vakuum yang membolehkan rempah akan lebih marinade, yang juga akan memberikan lebih rasa. Ketahanan juga akan lebih meningkat berbanding kaedah “packaging” tradisional.
Harga bagi setaip cucuk adalah RM0.40, dan bagi setiap 150 cucuk, 1 kg kuah yang lazat akan diberikan.



































Recent Comments